Thursday, October 2, 2014

macam lame lagi... padehal...

assalamualaikum..


hari ni tanggal 3 oktober 2014... tak tahu ape yang merasuk dalam diri aku ni tetibe memberanikan diri membuka blog yang dah usang.. sambil menyanyi dalam hati~


Memori yang usang
Mengekori langkah
Diusir dibuang namun tak terpadam


kemudian tangan pantas menekan butang new post dan bermulalah pemerepekan aku kat sini... heuheuheu... mungkin ini disebabkan adrenalin aku yang sedang memicu rancak menyebabkan aku telah bereaksi untuk menaip semua ni.. melepaskan keluh kesah mak bedah dengan mengarut bagai di sini..





emm.. sebenarnye aku... aku.. aku....
arghh!!
aku takut sebenarnye...

tinggal kurang dari 3 bulan je lagi.. aku nak bergelar seorang isteri...
biar betik!!! rase mcm diawang-awangan.. tetibe rase dah tak lame.. padehal sebelum ni aku selalu rase dan cakap.. eh lame lagi.. bile orang tanye je pasal soal perkahwinan.. aku akan jawab dengan pantas dan laju mengalahkan superman.. eh lambat lagi majlisnye.. bile orang tanye pasal persiapan.. aku dengan tangkasnye mengalahkan ketangkasan datuk lee chong wei bermain badminton..aku menjawab belum sipa lagi..sebab majlis lambat lagi...



akan tetapi... huhuhu.. bila dah masuk bulan sepuluh ni.. tibe-tibe kepala aku berpusing.. barulah hati ni tetibe boleh berpikir secara waras dan matang...yang bulan dua belas tak lame dah nk menyusul.. aku


PANIK!




Tuesday, February 11, 2014

Manusia berlari.

Aku suka melihat gelagat manusia berlari. mereka sangat lucu. Mampu membuat aku ketawa besar tanpa mempedulikan orang lain akan mengata anak gadis tidak elok berperlakuan seperti itu. Galak. Menghembus nafas perlahan. Bukan selalu aku mampu bergelak tawa seperti dirasuk. Bukan semua orang mampu membuat aku merasakan senang hati untuk ketawa. Biasanya aku akan ketawa sopan dan kadangkala ketawa terpaksa supaya tidak menyakitkan hati si pembuat lucu yang lucunya tidak masuk ke jiwa aku. Tidak faham tapi untuk menjaga hati perlu juga menyerigai menampakkan gigi. Supaya tukang lucu tidak putus asa untuk cuba berjenaka lagi di lain masa.
Kalau mereka yang gilakan cerita korea sudah pasti tahu cerita yang aku maksudkan. Manusia berlari yang terdiri daripada keluarga tetapnya. Lelaki berkuasa, belalang, paroro, galy, si hidung besar dan zirafah si pengkhianat. Owh tetapi melihat lelaki saja tentu bosan. Makanya sebab itu aku rasa mereka meletakkan si bunga yang sangat jaguh. Kerana itu dia dipanggil ace.  Dunia ini akan bosan jika tiada perhiasan. Wanita itukan perhiasan. Ji hyo memang cantik. Paling penting dia lebih pintar dari sebahagian lelaki yang ada di dalam keluarga manusia berlari. Tersenyum. Bangga melihat wanita seperti itu. Hampir sempurna. Paling keji melihat si pengkhianat. Tetapi kadangkala rasa sangat kasihan. Sukakan perhatian orang ramai. Hairannya dia sangat diminati  dan dikenali di Asia sehingga digelar Prince Asia. Mungkin kerana gelagatnya yang suka menari kepak. Bila bergabung dengan si hidung besar mereka biasanya akan mengkhianati sesamA sendiri juga. Suk kwang cross.

Paling comel adalah pasangan gary dan ji hyo. Sangat manis bersama. Pasangan isnin. Lelaki berkuasa kadangkala membuat aku rasa geram. Mungkin kerana sikapnya yang mahu berkuasa menjadikan orang lain mangsanya. Jaesuk paling mahir menjadi james bond. Tapi bianya orang yang paling keluar awal adalah si hidung besar. Tetamu wanita yang hadir pun bercita-cita untuk keluarkan sekurang-kurangnya dia. Cerita ini boleh ditonton diastro one atau sekarang sudah ada di tv2. Kalau mahu lihat episode terbaru silakan sahaja menonton di kshownet. Pasti tak kering gusi dibuatnya. Mampu menjadi rancangan tontonan untuk sekeluarga. 



Sunday, February 9, 2014

Diari kecil


Hari ini aku mula rasa rindu untuk berkongsi cerita sendiri didalam diari kecil supaya aku boleh baca dah simpan untuk kemudian hari. biar aku dapat mengingati semula apa yang telah terjadi dalam hidup aku. Kerana esok lusa aku mungkin sudah mula melupai apa yang telah berlaku pada hari semalam. Walaupun hari semalam boleh menjadi guru untuk aku pada hari ini atau kemudian nanti.

Biasanya aku bersemangat dalam hati saja. Tersimpan dan tersemat tanpa aku peduli untuk mencapainya. Tapi hari ini semangat aku mula meluap kembali setelah membaca tulisan idolaku yang sangat kemas dan tersendiri. Sangat unik dan berjaya menarik aku ke dalam dunianya. Sungguh tenang dan nyaman bila membacanya. Rasa seperti mahu menjadi diri beliau masuk ke dalam diri aku. Argh itu semua khayalan yang tak bisa akan berlaku. Aku hanyalah insan kecil yang hina. Yang baru belajar merangkak. Owh bukan. Aku baru mula belajar menggerakkan punggung ke depan dan ke belakang. Masih belum berjaya untuk merangkak lagi. Masih memerlukan masa dan daya untuk itu.

 ~diam sambil menghirup air coklat panas.

Iya. Aku memang gemarkan coklat. Semua jenis cokelat aku suka. Kerana coklat itu manis. Aku mengharapkan kehidupan aku juga akan manis seperti coklat. Atau mungkin semua wanita memang gilakan coklat. Mengeluh. Mungkin juga aku sahaja yang sememangnya gila.


 



p/s: doakan yang baik-baik untuk aku supaya dapat mencapai impian kecilku. Semoga 2014 akan memba sirna baru

Saturday, April 6, 2013

Rindunyer...

Lama betul tak merepek kat sini... Rasa macam nak kembali mengaktifkan semula...In shaa Allah...

Sunday, March 6, 2011

Korang dah pernah try ke belum.

Last week saya pergi jalan-jalan dekat times square... Before pergi sane pergi settlekan dulu segala urusan dekat bank... Rasanya empat jenis bank gak saya pergi... Huhuhuhu... Lepas tu barulah pergi TS.. Pergi cari hadiah untuk membe saya yang dah berhenti keje kerana dia sudah pun dapat better offer di kampungnya Johor.. Sambil tu cuci-cuci mata tengok baju dengan bag... Rasa cam nak cari baju tapi tak jumpe pulak yang berkenan so beli bag dan kasut je... My sister pulak nak cari baju untuk dinner... Berpusing-pusing kitorang nak cari baju yang dia berkenan.. Maklumlah tema dinner nanti Beach... Jadi kenelah cari pakaian yang match dengan theme kan.. Rasa macam pelik pulak theme dinner dia... Jangan nanti ada yang pakai bikini je pergi dinner sudah... Ngeh ngeh ngeh...

Lepas dah penat kitorang pun pergilah isi perot yang dah berdondang sayang... Maybe tak lapar sangat kot tapi dahaga dia memang tak hengatlah...Maklumlah dah penat sangat excercise kaki dan mata... Memang lotih sesangat ler... Buat pertama kalinya kitorang pergi makan fastfood kat Wendys.. Nilah first time saya makan kat sini... Biasa tengok je... Dengar orang cakap burger dia besar... Sebab tulah teringin bebenor pulak nak try... Kalau tak lalu kat depan Wendys buat muka tak tahu je... Huhuhu... Siap my sis cakap dulu along pernah cakap burger kat sini sedap roti dia lembuuuutttt sangat... Hahaha... Lembut tu korang kene baca dengan penuh penghayatan ok... 

Bila kitorang dah dapat order dengan hati yang beria-ria nak tengok burger dia yang besau sangat tu ibarat kakak kat opis saya cakap saya pun bukaklah bungkusan burger tu... Jeng jeng jeng... Ceh... takdelah besar sangat pun... Tapi memang sedaplah burger dia...Saya makan Single Mushroom Melt.. Mula-mula ingat nak beli Double Mushroom tapi disebabkan teringat kakak tu cakap burger kat sini besar so saya pun tukarlah ambik single je...Dia punya mushroom sauce tu memang sedap... My sis pulak makan Burger Grilled chicken... Ayam dia memang sedap... So memang tak rugilah kitorang try kat Wendys... Lepas ni bolehlah pergi lagi.. Hehe dah ada port barulah kalau nak makan fastfood... 


 Nilah Single Mushroom Melt.. Tak besar seperti yang aku bayangkan tapi rasanya memang besar sikit dari burger kat McD


Saya memang tak gemar minum air berkarbonat atau gas... So kalau pergi makan kat fastfood mesti order air Milo... My feberet drink...


Memang sedap... Tak nyesal lah try makan kat sini.. Siap sauce mushroom yang meleleh kat wrapping dia tu celet ngan jari and jilat..


Ni pulak my sis makan Grilled chicken.. Sedap woo ayam dia.. Memang lembut...


 Ni pulak pencuci mulut...Hehehe.. Tak ingat nama dia tapi saya punya yang ada oreo tu..


Makan sampai habis... 


p/s: Kalau korang belum try bolehla try..Tak rugilah... Ni tolong promote ikhlas je...Hahaha... sebab memang sangat sedap hokey...