assalamualaikum..
Thursday, October 2, 2014
Tuesday, February 11, 2014
Manusia berlari.
Aku suka melihat gelagat manusia berlari.
mereka sangat lucu. Mampu membuat aku ketawa besar tanpa mempedulikan orang
lain akan mengata anak gadis tidak elok berperlakuan seperti itu. Galak.
Menghembus nafas perlahan. Bukan selalu aku mampu bergelak tawa seperti
dirasuk. Bukan semua orang mampu membuat aku merasakan senang hati untuk
ketawa. Biasanya aku akan ketawa sopan dan kadangkala ketawa terpaksa supaya
tidak menyakitkan hati si pembuat lucu yang lucunya tidak masuk ke jiwa aku.
Tidak faham tapi untuk menjaga hati perlu juga menyerigai menampakkan gigi.
Supaya tukang lucu tidak putus asa untuk cuba berjenaka lagi di lain masa.
Kalau mereka yang gilakan cerita
korea sudah pasti tahu cerita yang aku maksudkan. Manusia berlari yang terdiri
daripada keluarga tetapnya. Lelaki berkuasa, belalang, paroro, galy, si hidung
besar dan zirafah si pengkhianat. Owh tetapi melihat lelaki saja tentu bosan.
Makanya sebab itu aku rasa mereka meletakkan si bunga yang sangat jaguh. Kerana
itu dia dipanggil ace. Dunia ini akan
bosan jika tiada perhiasan. Wanita itukan perhiasan. Ji hyo memang cantik.
Paling penting dia lebih pintar dari sebahagian lelaki yang ada di dalam
keluarga manusia berlari. Tersenyum. Bangga melihat wanita seperti itu. Hampir
sempurna. Paling keji melihat si pengkhianat. Tetapi kadangkala rasa sangat
kasihan. Sukakan perhatian orang ramai. Hairannya dia sangat diminati dan dikenali di Asia sehingga digelar Prince
Asia. Mungkin kerana gelagatnya yang suka menari kepak. Bila bergabung dengan
si hidung besar mereka biasanya akan mengkhianati sesamA sendiri juga. Suk
kwang cross.
Paling comel adalah pasangan gary
dan ji hyo. Sangat manis bersama. Pasangan isnin. Lelaki berkuasa kadangkala
membuat aku rasa geram. Mungkin kerana sikapnya yang mahu berkuasa menjadikan
orang lain mangsanya. Jaesuk paling mahir menjadi james bond. Tapi bianya orang
yang paling keluar awal adalah si hidung besar. Tetamu wanita yang hadir pun
bercita-cita untuk keluarkan sekurang-kurangnya dia. Cerita ini boleh ditonton
diastro one atau sekarang sudah ada di tv2. Kalau mahu lihat episode terbaru
silakan sahaja menonton di kshownet. Pasti tak kering gusi dibuatnya. Mampu
menjadi rancangan tontonan untuk sekeluarga.
Sunday, February 9, 2014
Diari kecil
Hari ini aku mula rasa rindu untuk
berkongsi cerita sendiri didalam diari kecil supaya aku boleh baca dah simpan
untuk kemudian hari. biar aku dapat mengingati semula apa yang telah terjadi
dalam hidup aku. Kerana esok lusa aku mungkin sudah mula melupai apa yang
telah berlaku pada hari semalam. Walaupun hari semalam boleh menjadi guru
untuk aku pada hari ini atau kemudian nanti.
Biasanya aku bersemangat dalam hati
saja. Tersimpan dan tersemat tanpa aku peduli untuk mencapainya. Tapi hari
ini semangat aku mula meluap kembali setelah membaca tulisan idolaku yang
sangat kemas dan tersendiri. Sangat unik dan berjaya menarik aku ke dalam
dunianya. Sungguh tenang dan nyaman bila membacanya. Rasa seperti mahu
menjadi diri beliau masuk ke dalam diri aku. Argh itu semua khayalan yang
tak bisa akan berlaku. Aku hanyalah insan kecil yang hina. Yang baru belajar
merangkak. Owh bukan. Aku baru mula belajar menggerakkan punggung ke depan
dan ke belakang. Masih belum berjaya untuk merangkak lagi. Masih memerlukan masa
dan daya untuk itu.
~diam sambil menghirup air
coklat panas.
Iya. Aku memang gemarkan coklat.
Semua jenis cokelat aku suka. Kerana coklat itu manis. Aku mengharapkan
kehidupan aku juga akan manis seperti coklat. Atau mungkin semua wanita
memang gilakan coklat. Mengeluh. Mungkin juga aku sahaja yang sememangnya
gila.
p/s: doakan yang baik-baik untuk
aku supaya dapat mencapai impian kecilku. Semoga 2014 akan memba sirna baru
|
Subscribe to:
Posts (Atom)