Tuesday, February 11, 2014

Manusia berlari.

Aku suka melihat gelagat manusia berlari. mereka sangat lucu. Mampu membuat aku ketawa besar tanpa mempedulikan orang lain akan mengata anak gadis tidak elok berperlakuan seperti itu. Galak. Menghembus nafas perlahan. Bukan selalu aku mampu bergelak tawa seperti dirasuk. Bukan semua orang mampu membuat aku merasakan senang hati untuk ketawa. Biasanya aku akan ketawa sopan dan kadangkala ketawa terpaksa supaya tidak menyakitkan hati si pembuat lucu yang lucunya tidak masuk ke jiwa aku. Tidak faham tapi untuk menjaga hati perlu juga menyerigai menampakkan gigi. Supaya tukang lucu tidak putus asa untuk cuba berjenaka lagi di lain masa.
Kalau mereka yang gilakan cerita korea sudah pasti tahu cerita yang aku maksudkan. Manusia berlari yang terdiri daripada keluarga tetapnya. Lelaki berkuasa, belalang, paroro, galy, si hidung besar dan zirafah si pengkhianat. Owh tetapi melihat lelaki saja tentu bosan. Makanya sebab itu aku rasa mereka meletakkan si bunga yang sangat jaguh. Kerana itu dia dipanggil ace.  Dunia ini akan bosan jika tiada perhiasan. Wanita itukan perhiasan. Ji hyo memang cantik. Paling penting dia lebih pintar dari sebahagian lelaki yang ada di dalam keluarga manusia berlari. Tersenyum. Bangga melihat wanita seperti itu. Hampir sempurna. Paling keji melihat si pengkhianat. Tetapi kadangkala rasa sangat kasihan. Sukakan perhatian orang ramai. Hairannya dia sangat diminati  dan dikenali di Asia sehingga digelar Prince Asia. Mungkin kerana gelagatnya yang suka menari kepak. Bila bergabung dengan si hidung besar mereka biasanya akan mengkhianati sesamA sendiri juga. Suk kwang cross.

Paling comel adalah pasangan gary dan ji hyo. Sangat manis bersama. Pasangan isnin. Lelaki berkuasa kadangkala membuat aku rasa geram. Mungkin kerana sikapnya yang mahu berkuasa menjadikan orang lain mangsanya. Jaesuk paling mahir menjadi james bond. Tapi bianya orang yang paling keluar awal adalah si hidung besar. Tetamu wanita yang hadir pun bercita-cita untuk keluarkan sekurang-kurangnya dia. Cerita ini boleh ditonton diastro one atau sekarang sudah ada di tv2. Kalau mahu lihat episode terbaru silakan sahaja menonton di kshownet. Pasti tak kering gusi dibuatnya. Mampu menjadi rancangan tontonan untuk sekeluarga. 



Sunday, February 9, 2014

Diari kecil


Hari ini aku mula rasa rindu untuk berkongsi cerita sendiri didalam diari kecil supaya aku boleh baca dah simpan untuk kemudian hari. biar aku dapat mengingati semula apa yang telah terjadi dalam hidup aku. Kerana esok lusa aku mungkin sudah mula melupai apa yang telah berlaku pada hari semalam. Walaupun hari semalam boleh menjadi guru untuk aku pada hari ini atau kemudian nanti.

Biasanya aku bersemangat dalam hati saja. Tersimpan dan tersemat tanpa aku peduli untuk mencapainya. Tapi hari ini semangat aku mula meluap kembali setelah membaca tulisan idolaku yang sangat kemas dan tersendiri. Sangat unik dan berjaya menarik aku ke dalam dunianya. Sungguh tenang dan nyaman bila membacanya. Rasa seperti mahu menjadi diri beliau masuk ke dalam diri aku. Argh itu semua khayalan yang tak bisa akan berlaku. Aku hanyalah insan kecil yang hina. Yang baru belajar merangkak. Owh bukan. Aku baru mula belajar menggerakkan punggung ke depan dan ke belakang. Masih belum berjaya untuk merangkak lagi. Masih memerlukan masa dan daya untuk itu.

 ~diam sambil menghirup air coklat panas.

Iya. Aku memang gemarkan coklat. Semua jenis cokelat aku suka. Kerana coklat itu manis. Aku mengharapkan kehidupan aku juga akan manis seperti coklat. Atau mungkin semua wanita memang gilakan coklat. Mengeluh. Mungkin juga aku sahaja yang sememangnya gila.


 



p/s: doakan yang baik-baik untuk aku supaya dapat mencapai impian kecilku. Semoga 2014 akan memba sirna baru