Thursday, January 20, 2011

Tahniah Zaquan Adha & Ayu Raudah


Hari ni hari perkahwinan Zaquan Adha dan Ayu Raudahlah... Tahniah buat mereka.. Semoga semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.. Dua-duanya comel.. Kad pun comel...Hehe.. Memang jodoh kembar ni dengan artislah..

Pic credit to Beautifulnara

Pic credit to Beautifulnara

Memang cun kan... Tahniah sekali buat mereka.. Dorang ni memang sama cantik sama padanlah..

Friday, January 14, 2011

Nak mohon Poligami?

Macam siot je... Suami manalah yang sengal ni...Memang tutt kalau ada suami yang betul-betul buat permohonan poligami macam ni kat isteri dia...Hahaha... Lawak-lawak... Harap-harap ini berlaku dalam dunia maya je bukan dalam dunia sebenar... Mungkin orang ni nak tunjuk format surat rasmi yang baru kot tapi isi surat dia tu cuma rekaan yang mungkin jugak dia memang  ada menyimpan hasrat untuk kahwen lagi... Hahaha.. No komenlah... Korang baca jelah surat dia tu...




p/s:kalau masih tak cukup besar korang kliklah kat surat tu ye..

Berdinner-dinner

Lamenya tak update blog kan... hari ni baru nak upload pic pegi dinner hari tu... Ramai gak orang yang saya tak kenal...Hahahaha... Tapi yang penting semua makanan saya tibai... Memang berbaloi-baloi tak makan nasi dari pagi... Kat majlis tu saya memang makan dan menikmati makanan tu betol-betol... Tambahan sekarang ni dah boleh makan semua seafood so memang bestlakan....Cemane pun masih beringat-ingatlah makannye... Menunya chinese food so banyaklah seafood...

Inilah senarai menu tuk dinner...

Jom tgk pic makanan yang saya makan.. Hehe...Saje nak bagi terliur sikit...








Malas nak letak caption. Tapi nilah antara makanan yang saya sempat ambik pic... Hahaha...So entri ni bagi korang tengok makanan je dulu... Nanti saya upload gambar lain pulak...


Friday, January 7, 2011

Assalamualaikum..

Lamenya tak menghapdate blog... Bussy body sampai tak sempat nak memposting new entry.. Banyak benda yang nak di share dalam ni tapi tunggulah sebab wat masa sekarang memang tak sompat den nak taip panjang-panjang laei.. Kalau dah banyak masa nanti nanti bolehlah den taip sampai cecah lantai kan.. Hehe.. Berangan je lebih.. Dah nama blog pun LeaDreamy kan so memang banyak bermimpi di siang hari jelah...Malam pun mimpi gak.. Mimpi ape tu? Hakhak... 

Malam ni eden ada dinner.. So tunggulah eden mengupload pic-pic dinner yek.. Tunggu jelah nanti.. Dua tiga hari ni bussy memikir nak pakai baju ape untuk malam ni sebab tema dia masquarade.. Ape ke benda lak tu... Ala yang pakai topeng-topeng cantik tutup muka tu atau cover kat bahagian mata... Yang ni memang bagus sebab kalau bawah mata ekau tu lebam cam eden ni memang sesuai pakai mask so tak perlulah nak malu kek orang lain yang cantik sangat tu.. Huhu... 

Tema saya malam ni adalah hitam purple... Kenapa saya pilih warna ni sebab mask yang sedia ada tu memang dah warna ni.. So saya dengan susah payah carik baju untuk mengikut warna mask tu.. Hahaha.. Lotih.. Xtually mask tu my sis yang punya sebab last year dinner dia pun tema masquarade gak... So saya pun pinjamlah.. Save budjetlah..


Google images

Lebih kurang camnilah nanti rupenye bila memakai masquarade mask ni kan.. Tapi den takdolah secantik pompuan dalam pic ni kan... Miahaha...Ape pun rasa cam berdebar-debar pulak bila pikir nak gi kejap lagi.. Oklah nanti den update lagi yo...Ekau tunggu lah kek situ... =)

Sunday, January 2, 2011

Jom tengok wayang

Assalamualaikum..

Hi korang. Semalam saya meluangkan masa bersama dengan incik 0ne menonton wayang sebab hari ni dia dah pulang ke Johor. Sekarang dah tido agaknya dia. Hehe. Esok dia dah start kuliah dan saya pun akan mula bekerja  untuk hari yang pertama bagi tahun 2011. Jadi kena bersemangat sikit. Maklumlah tahun baru kenalah ada azam baru kan. Walaupun time macam ni saya belum tido lagi. Huhu.

Anyway semalam kitorang tengok dua cerita sekaligus. Gulliver's Travels dan The tourist. Best gaklah. Boleh layan. Gulliver's Travels cerita komedi. Jalan ceritanya ringan sahaja dan fun. Sesuai untuk tontonon  semua peringkat umur maksudnya yang nak bawak anak-anak sekolah rendah pun boleh sebab dia enjoy. Berbeza dengan The Tourist yang more to action movies but tak terlalu berat sangatlah. Jalan cerita agak slow tapi masih okey dan membuat kita tertanya-tanya who is Alexander. Saya tak nak cerita jalan ceritanya. Kalau korang belum tengok pergilah ke panggung untuk saksikan sendiri kedua-dua filem ini. Dan yang penting I love Johny Deep. Ooppss. Nampak kecurangan di situ. 



Pic ticket tu bukti kami dah tonton kedua-dua movie ni ok. Hehe. Saje je nak show off. Oklah. Nak tido. Nite. Emm.. Tak kesahlah nite ke morning ke time korang baca entry ni ye. Saya nak tido sekarang sebab esok nak kerja. Bubye...

Saturday, January 1, 2011

Gathering and exchange gift- Part2

Assalamualaikum..

Nilah makanan yang disediakan untuk gathering makan-makan ni. Menunya adalah chicken chop, coleslaw, french fries, lasagna, puding kastard, buah-buahan dan air sirap laici.. Emm.. sedap gak chicken chop dia. Tapi lasagna dia masin sikit dan hangit kat bawah dia. Disebabkan suka makan cheese saya habiskan gak la lasagna yang masin tu.


 Makanan yang sudah terhidang


 Chicken chop


Lasagna

Memang kenyang. Tak larat nak habiskan. Makan pelan-pelan. Full beb. Tak rasa pun puding sebab dah tak leh nak masuk. Bila semua dah kenyang kemudian bermulalah sesi menyampaikan hadiah. Semua dah dapat apalagi time to open the gift... Dan saya dapat hadiah...Jeng jeng jeng...


Jam loceng Liverpool

Saya dapat jam loceng liverpool. Kuat gile bunyi loceng dia. Ni time bulan puasa memang elok guna waktu nak bangun sahur. Gerenti bangun punya. Hehe. Saya dapat teka sapa yang bagi saya hadiah ni. Dia memang peminat liverpool. Thanks kak Taca. =)

Gathering and exchange gift- Part1

Assalamualaikum..

Selamat Tahun Baru 2011. Last year kat opis saya ada wat gathering makan-makan dan tukar-tukar hadiah sebelum kedatangan tahun baru. Best gak la. Sebabnya dapat makan dan hadiah. Sapa yang bagi hadiah kat kita tak tahu cuma kita tahu nak bagi hadiah kat sape. Paham tak apa yang saya bagitau ni. Emm senang cerita macam nilah kita cabut nama dalam kotak. Nama yang kita dapat tu adalah orang yang kita kena bagi hadiah. Kita sorang je tahu siapa yang kita akan bagi gift orang lain tak tahu termasuk orang yang kita cabut nama dia. 

Saya dapat nama officemate lelaki. So saya pun pening gak nak cari hadiah apa tuk lelaki. Kalau perempuan senang sikit. Saya pun ada wat entry untuk tanya hadiah apa nak beli. Ada yang bagi cadangan beli coklat tapi kalau boleh saya nak beli sumthing yang boleh simpan atau guna lama sikit. Hari selasa lepas balik keje saya pun pergi cari hadiah dengan Incik 0ne. Lepas usha barang kat satu kedai satu kedai last-last kami berhenti kat satu kedai yang jual cenderahati. 

Banyak gak choice. Tapi lagi banyak choice untuk beri hadiah pada perempuan. So cari punya cari saya suka kat satu barang ni dan rasanya memang sesuailah tuk bagi hadiah. Incik 0ne pun setuju. Saya pun teruslah beli. Balik rumah terus balut. Nak tengok tak hadiah apa yang saya beli.




Tak sempat nak ambek pic sebelum balut. So tak dapatlah nak tunjuk hadiah apa. Hehehe. Lepas dah siap wrap baru teringat nak ambik pic. Bolehlah yek dari takde ape-ape. Hadiah tuk laki tak perlu wrapping paper warna warni sangat. Tapi ada orang kata cantik saya balut. Hehe. Mestilah. Sebab dulu kan pernah kerja part time kat kedai jual cenderahati yang ada sediakan warapping services. =)