Sunday, January 2, 2011

Jom tengok wayang

Assalamualaikum..

Hi korang. Semalam saya meluangkan masa bersama dengan incik 0ne menonton wayang sebab hari ni dia dah pulang ke Johor. Sekarang dah tido agaknya dia. Hehe. Esok dia dah start kuliah dan saya pun akan mula bekerja  untuk hari yang pertama bagi tahun 2011. Jadi kena bersemangat sikit. Maklumlah tahun baru kenalah ada azam baru kan. Walaupun time macam ni saya belum tido lagi. Huhu.

Anyway semalam kitorang tengok dua cerita sekaligus. Gulliver's Travels dan The tourist. Best gaklah. Boleh layan. Gulliver's Travels cerita komedi. Jalan ceritanya ringan sahaja dan fun. Sesuai untuk tontonon  semua peringkat umur maksudnya yang nak bawak anak-anak sekolah rendah pun boleh sebab dia enjoy. Berbeza dengan The Tourist yang more to action movies but tak terlalu berat sangatlah. Jalan cerita agak slow tapi masih okey dan membuat kita tertanya-tanya who is Alexander. Saya tak nak cerita jalan ceritanya. Kalau korang belum tengok pergilah ke panggung untuk saksikan sendiri kedua-dua filem ini. Dan yang penting I love Johny Deep. Ooppss. Nampak kecurangan di situ. 



Pic ticket tu bukti kami dah tonton kedua-dua movie ni ok. Hehe. Saje je nak show off. Oklah. Nak tido. Nite. Emm.. Tak kesahlah nite ke morning ke time korang baca entry ni ye. Saya nak tido sekarang sebab esok nak kerja. Bubye...

No comments:

Post a Comment