Friday, December 17, 2010

Congrats Guys!

Dah lama tak memanjakan blog ni..  haish… banyak perkara yang dah berlaku tapi tak sempat nak update.. Bz sangat..  2 3 hari ni sempat blogwalking kejap je.. Sorry la yek takleh singgah lame-lame.. walaubagaimanapun saya akan berusaha jugak curik masa kejap singgah tengok jiran-jiran blogger.. Anyway rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan tahniah buat  pemain-pemain bolasepak Negara especially Safee Salleh yang berjaya membolosi gol Vietnam dengan 2-0 dan seterusnya melayakkan pasukan selangkah ke depan untuk masuk ke final.. Gud luck and c0ngrats untuk semua pemain yang sangat hardworking and cooperate di padang dan juga c0ach yang tak jemu-jemu melatih mereka. Tapi apa-apa pun semangat dan sokongon dari penyokong Malaysia sebenarnya sangat penting supaya mereka terus bersemangat meneruskan perjuangan mereka di arena bola sepak dan mengharumkan nama Negara Malaysia sekaligus mengembalikan zaman kegemilangan nama pasukan bola sepak Malaysia seperti waktu zaman pemain-pemain handalan atau lagenda bola sepak Negara seperti Dato’ Mokhtar Dahari. Congrats gusy!!

Pic courtesy of Utusan Malaysia

Sunday, December 12, 2010

Selsema Oh Selsema.

Hashim..Hashim.. Saya bukan panggil hashim tapi terbersin k. Hari ni bukak mata je terus selsema. Adeh sampai malam ni masih belum baik lagi. Kalau setakat selesema biasa je ok lagi. Tapi ini siap dengan pakej terbersin-bersin. Pastu jenis flu yang cair. Meleleh je. Hehehe. Macam budak-budak hingusan. Tak larat asek nak terbersin je. Rasa macam nak cabut je hidung ni pastu letak hidung lain. Karut. Hehe.


 Hashim.. Euuww asek terbersin panggil hashim je.


Sepatutnya pagi ni saya nak pergi kenduri tapi tengah bersiap-siap tu makin menjadi-jadi pulak selsema ni sampai terduduk sebab tak larat terbersin je. Sorry ye k.taca sebab saya tak dapat temankan pegi kenduri. Kakak saya siap offer ubat selsema tapi saya tak mahu. Saya ni jenis tak suka makan ubat tapi bukan jenis spesis takut mkan ubat ye. Cuma saya tak suka bergantung sangat pada ubat. Kalau boleh biar dia baik sendiri. So tadi lepas saya makan nasi dengan harapan lepas tu selsema akan kurang sikit. Alhamdullillah kurang sikit tapi lepas 5 minit dia jadi balik.

Tapi saya tak demam


Disebabkan penat sangat dengan karenah hidung ni saya pun tidur kejap. Biasanya lepas tido akan kurang sikit selsema tapi tak menjadi jugak. Disebabkan tak berapa sihat hari ni saya dah makan nasi 4 kali. Huhuhu. Macam ni boleh menambahkan lemak-lemak yang ada ni. Ish ish. Boleh lawan ikan buntal. Bilalah nak excercise ni. Risau kalau makin gemuk tak kurus-kurus pulak. Tak mau tak mau.

Esok dah kena kerja. Hopefully esok bangun selsema ni pun dah hilang. Tapi apa-apa pun sakit tu kan sebahagian dari ujian. Seharusnya bila kita sakit kita perlu ucap Alhamdullillah kerana Allah memberi kita sakit untuk menguji kesabaran dan membersihkan dosa-dosa kecil kita. Wah hebatkan. Dengan bersabar, redha dan berdoa kepada Allah dosa-dosa kecil kita boleh terhapus. Sayangnya Allah pada hambaNya. Ececeh berkhutbah pulak kan. Tapi ni memang betul apa salahnya sesekali berpesan-pesan benda yang baikkan kan kan . Ape-ape pun saya doakan saya akan sembuh secepatnya dan juga saya doakan kesihatan yang baik untuk korang juga =)

Saturday, December 11, 2010

Pelik Tapi Sedap

Korang suka tengok rancangan masak tak. Kalau korang suka dan nak cari kelainan dan keunikan dalam masakan, apa kata korang tonton cerita Pelik Tapi Sedap setiap hari Ahad pukul 12.05pm di TV1. Kalau korang belum pernah tengok program masakan ni meh sini cheq nak habaq sikit. Program selama setengah jam ini menampilkan Zaibo dan Zamzarina sebagai pengacaranya. Zaibo akan membawa anda merantau ke tempat-tempat yang menarik di negeri-negeri pilihan untuk mempelajari dan berkongsi resepi masakan yang pelik daripada chef dan akan menunjukkan semula resepi dan cara-cara memasaknya dari awal kepada penonton dengan dibantu oleh pengacara Zamzarina.

Setiap kali program mereka akan memperkenalkan dua resepi yang pelik. Biasa kalau kita tengok program masakan orang putih ke cina ke jepun ke memangla pelik tapi bahan-bahan masakan dia sukar nak dicari dan kita kena pikir pulak samada halal atau tidak bahan-bahan tersebut. Hah yang ni kompem halal k. Lagipun sesetengah resepi tu memang masakan atau makanan tradisi di tempat mereka cuma kita yang duduk di luar ni tak pernah dengar lihat apatah lagi rasa makanan tu. Ada juga resepi tu memang kita biasa makan cuma ditambahkan bahan yang kita tak pernah terpikir boleh ditambah dalam masakan tu. Contohnya last two weeks kalau korang tak tengoklahkan dia masak nasi goreng laici. Betul k laici bukan typo error. Saya tak tipu dia letak laici dalam nasi goreng tu. Apelah agaknya rasa dia yek.




So mana tahu kalau korang dah bosan dan tak tahu nak masak apa so bolehla cuba resepi yang ditunjukkan. Kalau rasa bila dah masak tapi cam tak yakin je rasa dia sama ke tak cam yang diajar bolehlah pergi ke tempat-tempat yang ditunjukkan untuk mencuba sendiri masakan dari chef sebenar k. Saya tolong promote program ni bukan apa sebab mak saya suka sangat tengok program masakan ni. Kalau termiss je mesti mak saya akan cakap "Eh! tadi tak tengok pun cerita Pelik tapi sedap". So korangpun jangan lupa tonton program ni setiap Ahad untuk saksikan resepi-resepi yang pelik tapi sedap k. Selamat menonton dan selamat mencuba!

Monday..Monday..Moodday

Bila esok Isnin je mesti rasa moody... Bila rasa mooddy je Monday... Ekekekekee.. Moody kenape?? 



Sebab Isnin dah kene start keje...
Sebab Isnin kene bangun awal..
Sebab Isnin memang paling liat nak bangun...

Nak tido lagi..




Aaaaaaarrrggghhhh!!!!!!
Isnin memang hari yang paling malas...






p/s: Kesian Isninkan..Orang selalu tak suka Isnin..Walaupun bukan salah Isnin pun..

Kenapa kicap warna hitam?

Soalan ni tibe-tibe bermain-main di fikiran saya. Kenapa kicap berwarna hitam? Yelah kicapkan diperbuat daripada kacang soya tapi kenapa dia bewarna hitam sedangkan kacang soya berwarna putih. Dari tadi saya duk google untuk mencari jawapan soalan ni. Tapi hampa sebab masih tak jumpe jawapannya. Akhirnya disebabkan masih tak puas hati saya pun tanya kat mak saya soalan ni. Hehe. Tak puas hati ye ko senah sebab tak dapat jawapan yang di cari. Mestilah, kalau tak selagi tak tahu kebenarannya mesti asyik berpikir je sampai nak wat keje lain pun teringat-ingat kenapa kenapakah begini kenapa tak begitu. Runsing. (-_-) Jawapan mak saya senang je. Sebab mungkin dia taruk perwarna. Hehe. Sempoi kan kan kan :)

Walaupun jawapan tu memang saya dah terpikir tapi tak puas hati sebab yelah mana tahu saya sorang je yang bagi jawapan nak sedapkan hati so better kalau ada orang lain yang beri jawapan. At least boleh uji sama tak dengan jawapan sendiri. Hehe. Lepastu saya terpikir pulak kalaulah kicap tu warna putih dah macam susu atau air soya pulakkan. Cuba bayangkan ayam masak kicap tapi kicap tu warna putih. Ish dah macam ayam masak dengan santan pulak. Kalau gulai lemak ayam pun letak kunyit bagi dia warna kuning sebab kalau putih camtu mesti tak menarik. Pucat je. 

Saya suka air soya


Tapi betul ke kicap tu taruk pewarna yek. Takkan taruk pewarna hitamkan. So saya pun belek-belek lagi cara penyediaan kicap. Takde pun tulis taruk pewarna. So saya pun berfikir secara rasional. Mungkin sebab proses nak hasilkan kicap tu memerlukan 2 kali proses penapaian. Proses penapaian ni pulak megambil masa 2-3 bulan untuk setiap proses penapaian. Huh lama betol tu. Kemudian dicapur pulak bumbu-bumbu dia dan gula merah. So mungkin dari situlah kicap tu dapat warnanya. 

Kat rumah saya memang paling suka beli kicap tamin dan juga kicap kipas udang.


p/s:kalau korang tahu jawapan sebenarnya silalah beritahu yek. =)