Sunday, December 12, 2010

Selsema Oh Selsema.

Hashim..Hashim.. Saya bukan panggil hashim tapi terbersin k. Hari ni bukak mata je terus selsema. Adeh sampai malam ni masih belum baik lagi. Kalau setakat selesema biasa je ok lagi. Tapi ini siap dengan pakej terbersin-bersin. Pastu jenis flu yang cair. Meleleh je. Hehehe. Macam budak-budak hingusan. Tak larat asek nak terbersin je. Rasa macam nak cabut je hidung ni pastu letak hidung lain. Karut. Hehe.


 Hashim.. Euuww asek terbersin panggil hashim je.


Sepatutnya pagi ni saya nak pergi kenduri tapi tengah bersiap-siap tu makin menjadi-jadi pulak selsema ni sampai terduduk sebab tak larat terbersin je. Sorry ye k.taca sebab saya tak dapat temankan pegi kenduri. Kakak saya siap offer ubat selsema tapi saya tak mahu. Saya ni jenis tak suka makan ubat tapi bukan jenis spesis takut mkan ubat ye. Cuma saya tak suka bergantung sangat pada ubat. Kalau boleh biar dia baik sendiri. So tadi lepas saya makan nasi dengan harapan lepas tu selsema akan kurang sikit. Alhamdullillah kurang sikit tapi lepas 5 minit dia jadi balik.

Tapi saya tak demam


Disebabkan penat sangat dengan karenah hidung ni saya pun tidur kejap. Biasanya lepas tido akan kurang sikit selsema tapi tak menjadi jugak. Disebabkan tak berapa sihat hari ni saya dah makan nasi 4 kali. Huhuhu. Macam ni boleh menambahkan lemak-lemak yang ada ni. Ish ish. Boleh lawan ikan buntal. Bilalah nak excercise ni. Risau kalau makin gemuk tak kurus-kurus pulak. Tak mau tak mau.

Esok dah kena kerja. Hopefully esok bangun selsema ni pun dah hilang. Tapi apa-apa pun sakit tu kan sebahagian dari ujian. Seharusnya bila kita sakit kita perlu ucap Alhamdullillah kerana Allah memberi kita sakit untuk menguji kesabaran dan membersihkan dosa-dosa kecil kita. Wah hebatkan. Dengan bersabar, redha dan berdoa kepada Allah dosa-dosa kecil kita boleh terhapus. Sayangnya Allah pada hambaNya. Ececeh berkhutbah pulak kan. Tapi ni memang betul apa salahnya sesekali berpesan-pesan benda yang baikkan kan kan . Ape-ape pun saya doakan saya akan sembuh secepatnya dan juga saya doakan kesihatan yang baik untuk korang juga =)

2 comments:

  1. ubat jgn lupa mkn ye.. hehehe... get well soon :)

    ReplyDelete
  2. Salam...searching for a new colour inner tudung with awning or latest shawl design?Dovisit us at http://pinkkouture.blogspot.com/ TQ

    ReplyDelete