Monday, September 27, 2010

B0lehkah Puasa Qadha' Disekalikan dengan Puasa sunat 6??...

Hari ini hari Isnin 27 Sept 2010 bersamaan 18 Syawal 1431H.. hari ni saya puasa... Disebabkan semasa puasa ramadhan aritu saya ada keuzuran jd saya ada meninggalkan puasa beberapa hari... biasalah org p0mpuankan... hehehe.... s0 hari ni saya baru nak qada' puasa yang pertama... dan sekarangkan masih lg dlm bulan syawal jd saya berniat utk melakukan puasa sunat 6 sekali... yang menjadi kemusykilan sekarang adalah sama ada b0leh atau tak mengqada'kan puasa wajib dan disekalikan dengan puasa sunat... saya memang pernah dengar ada ustaz yang mengatakan ianya b0leh dan jika jatuh pada hari yang biasa puasa sunat dilakukan macam hari ni isnin atau khamis b0leh dapat pahala d0uble skali... tp ade juga ustaz yang mengatakan tidak b0leh seperti s0lat sunat dan wajib tak b0leh dilakukan serentak... jd untuk menghilangkan kemusykilan ini jd sy pun mencari fakta2 yang b0leh dipercayai untuk rujukan..dan klu k0rg pun macam saya masih tertanya2 lagi mari baca fakta di bawah ni yang saya ambil dari bl0g seorang sahabat dan saya mahu share dgn k0rg semua...sem0ga Allah meredhai sahabat ini ...
---------------------------------------

Adakah niat puasa sunat 6 hari bulan Syawal boleh disekalikan dengan puasa Kada'?

Jawapan THTL:

a) Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qadha'. Imam Syafi'iy (al Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab 'Innamal a'malu binniat (setiap amalan dengan niat) : hendaklah dibezakan ibadah puasa ramadhan, puasa nazar, puasa kafarat, puasa qadha' dan puasa tatawwu' (sunat). Imam Jalaluddin as Syuyuti (al Isybah) juga berpendapat demikian hendaklah diasingkan puasa Ramadhan, atau nazar atau puasa sunnat. Saya tidak mengkaji pandangan Imam-imam lain.


PANDANGAN IMAM-IMAM LAIN (Selepas pengkajian)

soalan susulan dari netter:

I got this from my friend. My understanding from your note is niat kena dua kali tapi puasa boleh dikira kadha dan puasa 6. Am I right?

------------------------------
Jawapan asal THTL yang tidak lengkap:

Jawapan dr sumber lain:

a) Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qadha' Imam Syafi'iy (al Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab 'Innamal a'malu binniat (setiap amalan dengan niat) : hendaklah dibezakan ibadah puasa ramadhan, puasa nazar, puasa kafarat, puasa qadha' dan puasa tatawwu' (sunat-sunat) Imam Jalaluddin as Syuyuti (al Isybah) juga berpendapat demikian hendaklah diasingkan puasa Ramadhan, atau nazar atau puasa sunnat. Saya tidak mengkaji pandangan imam-imam lain.

---------------------------------------------------------
Inilah jawapan yang lengkap dalam fasal:

Bolehkah puasa qadha' digabungkan sekali dengan puasa sunat?

Memandangkan terdapat beberapa masalah susulan yang timbul saya telah membuat research yang lebih detail dalam masalah ini dan merumuskan bahawa persoalan puasa qadha' (puasa hutang) dan puasa sunnat boleh digabungkan sekali; ia termasuk isu khilafiah (yang diperselisihkan para fuqaha') kerana nas hadis dalam masalah ini tidak jelas.

Pandangan pertama: menggunakan perbahasan kawa-id feqah (Bahawa setiap amalan adalah dengan apa yang dia niatkan) tidak membenarkan digabungkan dua ibadah : wajib dan sunat digabungkan sekali ; dalam hal ini puasa qadha' mesti dibuat dahulu kemudian baru diikuti dengan puasa sunat seperti puasa syawal. Contohnya jika seorang wanita ada 10 hari puasa qadha' Ramadhan. Apabila tiba syawal dia dikehendaki menyempurnakan puasa qadha' dahulu sebelum dibolehkan berpuasa sunat 6 hari syawal; dia tidak boleh berpuasa dibulan syawal dengan mengggabungkan dua niat dalam satu puasa (yakni puasa qadha' dan puasa sunat).

Pandangan kedua: membolehkan puasa sunat dan qadha' digabungkan dalam satu. Dr Wahbah azZuhaili (Fiqh Islami wa'adillatuh) menjelaskan: seseorang yang berpuasa qadha' dibulan syawal beroleh double bonus atau triple bonus yakni dia boleh pahala puasa qadha', juga pahala puasa sunat syawal sekaligus dan jika dia berpuasa pada hari isnin/khamis; dia juga mendapat pahala sunat isnin khamis.

Ini juga pandangan Imam Nawawi dan Ibn Hazm (al Muhalla): menurut Ibn Hazmin, nas yang menegah dari RasuluLlah saw tidak ada apabila baginda menyuruh kita berpuasa enam supaya kita menyempurnakan puasa qadha' terlebih dahulu.

Imam Nawawi menjelaskan, antara amalan Aisyah RA ialah beliau tidak melakukan puasa qadha' pada bulan Syawal, malah menyempurnakan puasa sunat syawal sahaja dan menghabiskan puasa qadha'nya di bulan-bulan lain. Ini juga satu cara.


Jadi menjawab soalan susulan di atas, apakah boleh kita puasa qadha
' dan puasa sunat syawal sekali gus;
Jawapannya: boleh; jika menggunakan kaedah Ibn Hazm dan Wahbah Zuhaili; kita berniat puasa qadha' dalam bulan syawal dan sekaligus mendapat double bonus; dan jika puasa itu jatuh pada Isnin/khamis; layak mendapat triple bonus secara otomatik.

sekian wslm


THTL
Tn Hassan Tn Lah

Diriwayatkan dari Abu Ayyub al-Anshariy ra:

Sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda : Barang siapa yang puasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti puasa enam hari pada bulan syawal adalah seperti puasa setahun penuh. ( H.R : Muslim)

-----------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment