Thursday, December 30, 2010

Sebelum berakhirnya dua ribu sepuluh

Lagi beberapa jam kita akan meninggalkan dua ribu sepuluh. Terasa sebak pulak. Seperti nak tinggalkan kekasih hati sedihnya. Lebih kurang begitulah. Incik 0ne akan meneruskan perjuangannya semula dalam sarjana yang masih belum di penghujung. Aaaggrhh. Masih lama lagi. Tapi tak mengapa. Masih ada kekuatan untuk menunggu lagi. Biarlah semua pengorbanan akan menjanjikan kebahagiaan yang pasti menunggu di masa hadapan buat semua pihak. Doakan yang terbaik agar semuanya berjalan seperti yang diharapkan. Amin. Doa yang baik Insyaallah akan dimakbulkan Tuhan.

Sebelum ini beliau pergi menemani ayahnya yang perlu menghadirkan diri ke Pulau Langkawi atas urusan kerja. Dia pun manawarkan diri menjadi pemandu yang tidak berbayar. Katanya inilah tugas ayahnya yang terakhir sebelum bersara. Sudah pasti dia tetap akan menerima imbuhan. Dapat meluangkan bersama famili di Langkawi dan duit belanja. Saya pun mengambil kesempatan untuk mengirim coklat. Bestkan. 


 Ferrero Rocher menjadi pilihan


Coklat Daim dipilih Incik 0ne


Dapat sekotak Ferrero Rocher dan sebungkus coklat Daim. Terima kasih walaupun saya kirim coklat Hersyleys tak dapat. Coklat Daim terlalu manis buat saya walaupun semua coklat pun manis. Hehe. Terasa kena gula. Tak mengapalah kerana beliau ikhlas memberi. Dan yang penting masih mengingati saya kan. Itu sudah memadai. Selamat Tahun Baru. Semoga kamu dapat menerima segulung ijazah dengan kepujian yang cemerlang. Belajar rajin-rajin dan teruskan usaha kamu. Kamu pasti boleh.=)


p/s: Terasa jiwang buat entri khas untuk si jejaka. Sekali sekala tak mengapakan. Hehe. Selamat Tahun Baru Dua Ribu Sebelas. Tahniah buat pasukan Harimau Malaya. Tak sia-sia suara saya disumbangkan kerana dapat menikmati cuti hari ini.

Monday, December 27, 2010

Makan Macamni Bila Masa Nak Kurusnya


Kau bilang mahu kurus. Tapi kalau asek melantak je makanan berminyak dan berlemak macam ni bila masa nak kurusnya. Ish.. ish..ish... Orang kata rezeki jangan di tolak musuh jangan di cari. Sebab tulah tak tolak. Makan je. Sapa suruh dorang beli makanan macam-macam. Tak tahan beb tengok. Terliur la. Mana boleh dorang je makan kan. Huhuhu..


Sate ayam sate daging


 
Mcam-macam jenis kek ada


Tak cukup la nak makan lagi. Pergi secret recepi pulak.



 Masih banyak


Saya boleh habiskan semuanya


Minum susu segar lagi.. Wakaka


Memang harapan lah kau nak kurus macamni.. Haish sampai tahun depan pun belum tentu impian kau nak kurus tercapai..



p/s: Eleh takpe. Janji ada orang yang suka.. Dan yang penting ada orang kata saya dah kurus.. Betul ke saja nak ambek hati?

Hadiah Apa Nak Beli?

Kat opis saya nak wat gathering makan-makan dan exchange present untuk department kitorang. Sekarang ni kitorang semua kena cabut undi untuk tentukan siapa yang kita kena bagi hadiah. Ala... Saya dapat nama lelaki. Kenapa kena cabut undi hari ni. Tak boleh ke sape-sape je ambik hadiah kita pada hari yang sama. Kan senang undi time gathering tu je. Payahnya nak beli hadiah untuk lelaki yang harganya dalam RM10. Uwaa.. Korang ada idea tak nak beli hadiah apa. Gathering suka-suki ni akan diadakan pada hari Rabu this week. Dah nak dekat. Lagi sehari je. Takde idealah nak beli apa. Korang ada idea tak. Bolehlah share sebab esok saya nak kena beli. Please bagi suggestion. I need your help. 

Buntu nak beli hadiah ape ni weh.


Bagi bunga. Gilak.. Klau pakwe takpelah nak jiwang-jiwang.


Balut hentam kromo camni ok kan.

Sangat Happy =)

Rasa cam nak lompat-lompat tinggi-tinggi sampai bumbung klcc.. Toing..toing...toing... Apsal lah minah ni happy sangat pulak ni... Nak tau ke.. Nak tau ke...Hehe.. Hari ni keputusan sudoku contest yang dianjurkan pertama kalinya oleh incik Luffy pemilik Blog Budak Kampus dah keluar... Ramai gak yang join dan saya pun salah seorang peserta yang merajinkan diri menjoini contest ni...Wakaka... Memang merosakkan bahasa betul saya ni kan.. Teruja sangat ni... Jadi sengal pulak..  Disebabkan semalam saya dah tahu hari ni result keluar so saya pun nak tahulah sapekah yang bertuah tu.. Rasa macam tunggu result exam pulak...Dan... Apabila saya menjenguk blog incik Luffy, dengan perasaan yang berdebar-debar saya membaca satu persatu bait-bait perkataan yang ditaip incik Luffy untuk mengumumkan pemenangnya.. jeng jeng jeng..... 

Pemenang 1st prize jatuh kepada 

Cik Zati. 
Owh hatiku kecewa kejap di situ.. Walaucemanapun tahniah Cik Zati kerana dapat 1st prize. Clap- clap.. 
Kemudian mata saya terus memerhatikan lagi setiap perkataan yang ada di situ dan terhenti seketika. Mata saya tertumpu pada nama pemenang untuk 2nd prize. 2 3 kali saya membacanya dan melihat jawapan pemenang tersebut. Eh! macam ku kenal tapi di mana ya... 

Pemenang 2nd prize adalah...

Cik Cekodok.. 
Macam sangat ku kenal nama ni.. Baca sekali lagi.. Cik Cekodok.. Wakakaka... Terus saya gelak kegembiraan kerana sayalah Cik Cekodok tu.. Jawapan yang saya hantar tu pun memang serupa seperti yang ditunjukkan. So sahlah sayalah Cik Cekodok tu... 



Nilah jawapan yang saya hantar


Hoorey.. Best beb.. Walaupown dapat nombor 2 pun takpe saya tak kesah janji ada nomborkan.. Kalau last pun ada nombor gak.. Tujuan utama join pun sebab saya memang suka main sudoku dan waktu tu rajin pulak nak join. Menang tak menang tu belakang kira. Yang penting saya bagi support untuk mereka yang rajin menganjurkan contest ni... Lenkali kalau incik Luffy nak wat contest lagi habaq kat cheq ya.. Kalau cheq rajin cheq join lagi.. =)


Sunday, December 26, 2010

Nak Ke Mana Tu

Ewah-ewah.. Siap cantik-cantik dengan berhanbag ni nak pergi ke mana tu...
Kecik-kecik lagi dah pandai bergaya ye...

 Walaupun kamu baru 1 tahun tapi nampak macam 3 tahun ok.


 Jangan tido waktu berjalan ye.


Ha. Macam nilah baru boleh pergi jalan-jalan. 
Are you ready? Ok lets go!

Tazpunyeblog's 3rd Year Anniversarry Contest

Assalamualaikum..

Kali ni nak join contest lagi... Wahaha... Mesti korang kata rajen betul minah ni asek menjoin contest je kan... Dah ujung-ujung tahun ni ntah tak tahulah kenape tibe-tibe terajin pulak... Azam tahun baru kot.. Ape-ape pun jom chekidout tip-tip saya ni kot-kot berguna tok korang so boleh lah digunakan... Sharing is caring.. =)


Click pica if you wish to join the contest!


Tips Belajar yang efektif
Ok sebelum tu nak bagitau tips ni saya amalkan waktu time study dululah. Sekarang bukan student lagi maybe Insyaallah kalau ada rezeki nak sambung lagi. Walaupun sekarang bukan student tapi setiap hari kita belajar benda barukan cuma dalam situasi yang berbeza. Jom tengok tips di bawah.


Pilih time yang sesuai
Sesetengah orang suka study pada waktu siang ada yang suka study waktu malam. Kesesuaian masa tu terpulang pada individu. Jangan paksa diri untuk ikut kawan-kawan sebab takut orang study kita tido pulak. Macam saya, saya lebih suka study waktu malam atau orang dah tido baru saya study sebab waktu macamni saya rasa tenang dan suasana nyaman je. Bila tenang ilmu senang masuk sebab tak bisingkan. Kepala pun tak pening.

Rehat atau tido yang cukup
Sebelum nak study make sure kita rehat dulu, relax-relak senangkan diri dulu. Kalau sape yang suka study malam make sure tido dulu sebelum study sebab nak berjaga malam kan. Kunci jam takut terlebih tido kang silap-silap tak bangun study pulak. Tak pun suh membe gerakkan kalau dia tak tido lagi. 

Makan
Sebelum study make sure dah makan dulu. Nanti perot lapar time study. Boleh benti study kalau nak makan tapi sebelum study tu lapik la perut dulu. Takkan baru nak buka buku dah stop pulak sebab lapar. Nanti buang masa. Better makan before start study. 

Buat Jadual
Buatlah jadual study untuk memudahkan korang senang nak bahagikan masa untuk study dan buat aktiviti lain. Lagi satu senang untuk korang tentukan subjek apa nak study untuk hari tersebut dan hari-hari seterusnya. 

Buat nota kecil
Buat nota kecil untuk mudah dibawa dan di baca bila-bila masa yang kita suka. Tulis point-point yang penting. Kalau yang perempuan suka warna-warna tu boleh la warna-warna sikit nota tu guna pen berwarna warni ataupun pensel color. Guna highlighter pun boleh. Dulu saya guna kertas A4 dan lipat pada 6 bahagian depan belakang. Warna warni ni boleh menarik minat kita untuk membaca. Jadi taklah bosan bila nak baca. Kita ni selalu baca buku subjek memang cepat bosan cuba baca novel ke majalah ke tak sampai satu hari dah boleh khatam siap boleh cerita balik apa yang kita dah baca tu kat membe.

Buat Latihan
Yang ni memang selalu kena buat. Especially untuk subjek yang perlu banyak pengiraan. Time exam memang ada sediakan formula tapi tak semua formula yang ada dan kalau ada formula tapi tak tahu yang mana satu nak guna pun tak guna. So bila banyak buat latihan senang untuk kita biasakan diri nak guna formula yang mana dan sekaligus boleh memudahkan kita menghafal formula tu. 

Beriadah
Otak yang cergas dan badan yang sihat sangat penting untuk semua orang bukan stakat untuk student je ye. Petang-petang tu kalau free pergilah beriadah kejap. Berjogging ke main badminton ke bola sepak ke. Ape-ape jelah aktiviti sukan yang korang suka. Biar badan dan otak tu cergas sikit.

Beramal
Solat jangan tinggal. Yang ni memang wajib. Selain tu jangan lupa untuk berdoa tiap kali selesai solat. Nak lagi baik lepas solat subuh dan maghrib tu bawak-bawakla mengaji al-Quran atau Yassin biar terang sikit hati tu nak study. Selalulah mendekatkan diri pada Allah.

Study Group
Buatlah study group dengan membe-membe yang korang rasa boleh geng kan. Time ni bolehlah buat soalan sama-sama. Yang tak paham tu boleh berbincang sama-sama. Yang pandai tu ajarlah membe lain. Jangan kedekut ilmu. Yang tak reti tu belajar jangan duk meniru membe je. Time kerja rumah bolehlah tiru nanti time exam mana boleh tirukan so belajarla selagi sempat. Asek tiru je membe pun mestilah bengang penat-penat dia bersekang mata perah otak wat keje korang duk meniru je. Tak elok tu.

Tips-tips lain

  • Makan makanan tambahan yang sesuai untuk otak dan kecergasan badan. Macam kismis, spirulina atau supliment lainla.
  • Jangan selalu makan organ dalaman haiwan macam hati limpa dan sewaktu dengannya.
  • Elakkan study sambil dengar lagu. 
  • Selalu berjumpa lecturer untuk bertanya soalan  dan assignment yang tak paham.
  • Jangan lupa selalu minta restu ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita.


Oklah. Kalau ada yang kurang tu sorrylah yek. Semoga tips di atas berguna untuk korang.

p/s: Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu usaha mu tidak menentu. 





500 Blog!

BEN ASHAARI
Klik banner if nak join

Saya seorang wanita.. Seorang anak perempuan.. seorang adik perempuan... seorang sahabat.. seorang pekerja..sorang blogger... Kenapa saya jadi blogger sebab saya mahu share story mory di sini... Kat sini nak tulis ape-ape pun boleh selagi tak menyentuh sensitivi orang lain kan kan kan... Best...

p/s:kalau korang nak join cepat tau. Ben Ashaari open segmen pencarian 500 blog ni sampai 27 Dec 2010 jam 2.00pm.. Sape tak kenal Ben Ashaari...Otai ni beb..

Saturday, December 25, 2010

Happy Besday K.Yatie


Walaupun dah basi tapi nak letak gak.. 
Happy Besday K.Yati!
Semoga panjang umur murah rezeki dan sentiasa nampak muda remaja..


Blueberry Vanilla. Ramai kata sedap. So boleh beli lagi camni.



Potong cepat. Lapar dah ni..




 Sebelum tu posing dulu jap.. Peace..

Muka Ada Jerawat.. Uwaa..

Assalamualaikum..

Ok kalau muka korang naik jerawat korang wat apa yek? Biar je ke atau korang cepat-cepat wat facial ataupun
 beli produk kat farmasi untuk menghilangkan jerawat dengan pantas? Hmm... Kalau orang perempuan mesti risau sangatkan kalau muka naik jerawat. Nak-nak jenis muka yang jarang ada jerawat tibe-tibe ada pulak jerawat yang nak menumpang glamour kat muka korangkan. Mahu asek tengok cermin je. Dalam hati bila tengok cermin jerawat tu terus hilang. Hahaha.. Ingat magic ke.

Biasanya waktu-waktu tertentu perempuan mesti akan tumbuh jerawat. Waktu apa? Ehem-ehem... Paham-pahamlah sendiri. Rasa geram nak picit-picit je. Tapi kalau kecik je jerawat tu atau orang selalu kata jerawat tu tak masak lagi memang sakit bila picit. Bagi tangan yang gatal tu selalu sangat duk usik-usik jerawat tu kan. Kalau selalu usik sebenarnya tak elok sebab nanti bila kita usik jerawat dan sentuh pulak bahagian muka lain takut nanti tempat tu pulak tumbuh jerawat. Jerawat tu penyakit berjangkit ke? Hahaha... Rasanya mungkin sebab bakteria yang kita sentuh dari jerawat tu akan melekat kat bahagian lain pulak dan akhirnya jerawat pun tumbuh kat situ. Tapi bakteria jerawat tak bermutasi macam virus selsema tu.  Kalau picit pun tak elok sebab structure kulit akan rosak dan boleh menyebabkan jerawat tu jadi lebih besar lagi. Pehtu boleh tinggalkan kesan parut kat muka. 

So nak wat macamane yek?
Kalau sayakan bila ada jerawat saya akan pastikan kulit saya tak terlalu oily. Selalu cuci muka dengan pembersih muka. Yang penting kita kena pastikan pembersih muka tu memang sesuai dengan jenis kulit muka kita. Kalau tak nanti lagi worse pulak. Pembersih muka yang tak sesuai dengan kulit muka boleh jadi salah satu sebab kenapa muka tumbuh jerawat ok. Macamana nak tahu pembersih muka apa yang sesuai degan kita? Emm.. sebenarnya korang mesti tahu jenis kulit muka korang tu kering ke beminyak ke atau normal. Pehtu kena tahu jugak kulit kita ni sensitif tak. Sensitif dengan apa? Sensitif dengan bahan-bahan kimia atau pakai apa-apa pun boleh takde masalah. Dah tau bolehlah pilihlah jenis pencuci muka yang sesuai degan kulit masing-masing. 

Ada 3 jenis pembersih muka: Gel, cream atau foam. Kalau jenis kulit normal korang pakai yang mana-mane pun sesuai. Kalau berminyak jangan pakai jenis yang berkrim nanti lagilah berminyak. So pakai jenis gel atau foam tapi bukan semua jenis foam pulak yang boleh dipakai. Kalau kulit kering dan normal sangat sesuai pakai jenis foam sebab foam ni dia tengah-tengah antara gel dan cream. Kalau pencuci muka yang ada biji-biji atau scrub yang tu tak leh pakai selalu. Scrub tu untuk buang kotoran dalam liang roma tapi kalau pakai selalu nanti hilang pulak semua minyak kat kulit muka. Muka kita kena ada minyak sikit kalau tak nanti cepat kedut. Kalau kulit muka jenis jerawat banyak sangat tu tak sesuai sangat pakai jenis scrub ni sebab sakit bila gosok kat  muka kena biji-biji scrub tu. 

Pasal brand apa yang nak beli tu terpulang kat korang tapi kalau korang tanya promoter yang jual pencuci muka dia akan kata brand yang dia promote tu memang sesuai ngan korang. Bisala kan dia mesti nak lariskan barang yang dia promote. Hehe. So better korang tanya orang lain yang pernah pakai brand yang korang nak beli cam kawan-kawan korang ke especially yang sama jenis kulit ngan korang. Nak lebih baik tanya kat adik beradik korang sebab bological adik beradik lebih kurang sama jer. 

Nak cepat hilangkan jerawat jangan pakai concealer atau foundation sebab muka kita akan jadi lebih oily. So nanti jerawat lambat hilang. Nak lagi cepat hilang jerawat pakailah bedak sejuk macam saya.

Jangan takot. Saya bukan antu. 

Saya pakai bedak sejuk muntah belut. Pakai ngan air gamat memang the best la. Muka rasa lebih bersih esok pagi. Sapa yang ada resdung tu memang sesuai sangat pakai. Kakak ipar saya yang jual. Semua famili saya pakai. Kalau korang nak try bolehla beli yek. =)





Friday, December 24, 2010

Award Dari Mizi

Bila lawat Mizi dia suh kidnap ambik award ni. Wajib dan mandatori katanya.
Selagi tak ambik nanti dia susah hati mikir. So sekarang saya dah ambik ye Mizi. Jangan susah hati lagi. 



Thanks. Cantik award ni. Susah-susah je. Len kali buat lagi yek. Hehehe.

Kalau korang pun nak pergilah melawat Mizi 

Contest Cari Ayam

Assalamualaikum..


Ok. Kali ni saya join contest Cari Ayam pulak by Ayeem Ayam. Jom checkidout.



Teka dekat mana ayam KelabuUnguOren dan Hijau menyorok.

Pergghh.. Kat mane saya nak teka ni.. Memang mencabar ni.. Takde clue ke..
Emm... Teka jelah yek.. Untung-untung betulkan..
Kelabu - D
Ungu- J
Oren - I
Hijau - O

Boleh teka banyak-banyak tak.. Miahahaha..

 Lengkapkan slogan "Ayam-ayam Ayeem menghilang kerana..."
(tak lebih 20 patah perkataan, TAK termasuk "Ayam-ayam Ayeem menghilang kerana...")

...
Ayam-ayam Ayeem menghilang kerana Ayeem tidak layak jadi bapak ayam dan tak boleh terima kenyataan statement Ayeem lebih glamour dan kacak bergaya dari mereka... Damn...

Cabar 3 member korang dengan tag nama mereka. (make sure mereka tahu)

Dan semua yang baca entry ni saya tag ok. Kalau sempat jom join contest ni.
Tarik tutup: 01 Januari 2011

p/s: cam ayam tak jawapan saya..


Anugerah Skrin 2010 hambar la

Tadi korang tengok tak Anugerah Skrin? Cam hambar je. Tak meriah la. Tak tahulah kenapa. Persembahan pun tak berapa nak meletop. Kat mana silapnya pun tak tahulah. Adakah kerana pengacaranya kurang membuat lawak yang membuatkan anugerah berprestij ni rasa cam kurang gula dalam minuman atau kurang garam dalam masakan. Orang kata kurang gula dan garam elok untuk kesihatan tapi kalau dah terkurang sangat memang tak sedapkan. Hilang selera nak makan. Out of mood. 


Anyway, saya nak ucapkan congrats pada semua pemenang. Akhirnya Shaheizy Sam menang anugerah untuk Angerah Yasmin Ahmad. Memang sangat layak pada beliau untuk memiliki anugerah tersebut berdasarkan kredibiliti beliau sebagai pelakon memang tak boleh dinafikan memang berkesan. Saya suka lakonan dia since cerita Pae'i lagi. Memang best. Cayalah bro!

Congrats pada drama Nur Kasih untuk drama rantaian terbaik,  Filem Muaallaf untuk filem terbaik dan Antara Garisan untuk drama terbaik.  Semua pemenang untuk setiap kategori pun memang best dan semua calon-calon pun hebat-hebat. So yang menang tu you are the best in the best k!

Nak tau tak part yang saya rasa best sekali semasa penyampaian anugerah gandingan Erra Eja dan Pak Ajis. Seksi gedebas minah yang ambil hadiah tu. Sampai penonton pun woo woo lagi. Kenyang Pak Ajis tengok. Hahaha. Time tu memang aku gelak k. And saya suka tengok Nasha Aziz. Memang sangat cun la kakak!



anniversary GA


Yess.. Hari ni saya join anniversary GA pulok. Walaupun keje masih tak siap sempat pulak saya join GA di niezareena memory nikan.. Huhuhu. Korang pun jomlah join sekali. Klik banner diatas atau SINI untuk join. 
Jom kita meramaikan lagi majlis contestant. Hehe..

Sape pulak yang akan jadi mangsa tagged hari ini ye. Jom kila lihat sape yang kene..

Jeng..


Jeng..


Jeng..



Anda telah di tagged


Saya juga mentagged semua yang dah baca entri ni  untuk sama-sama join.

Tarik Tutup:26 Dis 2010 jam 12.00 12malam. 

Kalau sompat korang join tau.. =)

Thursday, December 23, 2010

Jom Main Sudoku Contest by Luffy

Assalamualaikum..


Jom join this contest by Luffy. Click the pica.



Saya dah join. Korang pun jom join. Saya suka sudoku. This is my second contest for today. Yeay!
Tarikh tutup: 25 Dec 2010

Kalau sempat joinlah yek tarikh tutup pada Christmas Day. 
Nak tag sape ye. I just pick randomlah coz at least just one person for tagging kan. Sapelah yang bertuah tu yek. Jeng... jeng...jeng...

-
-
-

Anda telah terpilih

And

Saya tagged semua yang baca entry ni jugak. Jom meramaikan lagi contestant. Enjoy!. Untung-untung boleh menangkan. Senang je. =)

Candid itu cunla..!

Assalamualaikum..

Dengan rasa rendah dirinya saya cik cekodok ingin mengisytiharkan bahawasanya saya ingin pergi berperang. Hehe.  No lah! Saya Cuma nak sertai contest buat pertama kalinya di blog. Bangga tak bangga tak. Semalam saya dah sertai segmen Cikgu Akim so hari ni saya nak sertai contest di blog Cik Dilla pulak. Tengok contest cam sempoi kan.  "Candid itu cun laa..!" Ni first contest for me as blogger la kan. Baru nak blaja hidup. Tak pun baru nak belajar tengok dunia.  Chewah. Ngade-ngade!

Jomlah join reramai. Klik kat pic ni or link-link yang ada tu


Saya ni tak suka sangat bergambar-mambar. Almaklumla orangnye tak berapa nak kacak jadi segan silu sikit depan kamera. Malu-malu kucing. Neves kot sebab tak tahu nak wat gaya apa. Sebab tulah tak layak nak jadi model. Nak nak dengan ketinggian ala-ala rendang tak berbuah ni memang harapanlah nak perasan jadi model cam cik Hanis Zalikha tu yang sangat gorgeous ataupun Fatin Liyana yang ciut miut babyface lah beb. Cayalah! 

Ok back to the topic. Candid itu cunla..! Kenapa cun. Sebab tak perlu nak berlakon depan kamera. Kalau dah cun tu wat gaya ape pun tetap cunggg gak kan kan kan... Macam Heliza Helmi kalau ambik gambar wat gaya muncung-muncung pun tetap cung gak. Meh tengok pic yang saya pertaruhkan ni. Menang ke tak menang belakang kira janji saya masuk. 


Story mory behind this picture:

Pic ni telah di snap silently oleh cik Yan. Thanks Yan! Tak sedar lansung saya ngan Pilot telah terkena candid camera. Wakenabeb! Tengokla duduk pun tak sopan langsung. Hilang keayuan di situ. Muka tahap fokus habes beb. Dahi yang berkerut-kerut duk cari jawapan rasa cam nak hantuk kepala kat dinding. Time ni keje kat tempat lama lagi. Kitorang tak banyak keje so menghabeskan mase wat sudoku. Sekarang korang dah taukan saya tengah wat ape yang khusyuk sangat tu. Wat keje sekolah dulu-dulu pun tak macam ni. Kalau tak wat sudoku pun kitorang akan pegi window shopping, berfb, bergosip takpun tido kat bilik kecik. Memang sempoilah!. Kat mane lagi nak carik keje camni ngan membe-membe yang happening habes. Semuanya otak gile-gile. Tapi bukan gile ok! Memang one of the best kenanganla pic ni. Bile tengok pic ni rasa cam saya pulak hero and pilot tu heroin. 

Alaa nape sume term and condition akhir dia mesti kena tagged orang lain. Ish. Payah la nak pikir sape nak ditaggedkan. Hmm boleh tak saya nak mengtaggedkan semua orang yang baca entry ni. So sapa yang dah baca please join this contest k kerana anda telah ditagged!. Cam biasa tarikh tutup 10 Januari 2011. Kalau sempat join lah yek. Selongkar pic-pic candid yang cun melecun tu dan cepat-cepat join.



Wednesday, December 22, 2010

My first award

Terima kasih cikgu akim sebab bagi award ni. Nilah first time saya dapat reward tau. Clap-clap.

Create your own banner at mybannermaker.com!


Saya terlebey rajin plak arini nak jawab soalan-soalan cepu cemas ni. Jom chekidout.

1.Apa pandangan anda tentang blog Catatan Loqman Hakim?
Enjoy. Tertarik menarik ko memang d boom. Pheewwiit. Bodek sikit sebab kat blog ni lah first time saya tibe-tibe nak masuk segmen and dapat award yang first jugak kat sini. Tak tahulah kenapa terajin sangat pulak ni maybe Cikgu Akim ada jampi-jampi saya kot. Gilakk perasan!

2. Boleh ceritakan sikit pasal blog anda(Jangan lebih 100pp)
Uwaa.. kena cerita ke.. Alaa ni blog biasa-biasa je tapi kalau lame-lame jadi menarik kan kan kan.. Sapa setuju sila angkat tangan macam saya (dialog usop dalam hantu kak limah balik rumah). Cepat angkat tangan kalau tak nak kena siku!. Korang enjoy jelah kat sini ye. Layan diri buat cam rumah sendiri. Jangan malu-malu.

3. Tujuan utama anda berblog?
Nak isi masa lapang yang tak lapang sangat boleh. Takde sape nak dengar saya bercerita sebab kalau dah  start bukak mulut memang susah nak behenti jadi tulis cerita dalam blog je. Hehe. Kat sini boleh merapu-rapu takde sape nak marah. Boleh hilang stress sikit kot. 


Segmen Jom Berkenalan

Klik pada banner kalau nak join cam saya


Ok ni first time saya join segmen macam ni. 
Nak gedik-gedik sikit sekali sekala. Boleh. 
 Tapi kene jawab soalan daa. 
Jom chekidout jawapan saya untuk segmen Cikgu Akim ni.



Apakah status anda
=
=
Emm...Single mingle but not available..


Ceritakan tentang diri anda
=
=
Kalau nak cerita semua cam banyak sangat la. Nak suh view my complete profile boleh. Hehehe. Oklah, cerita sikitlah yek. Ce crite ce crite. Awok nak dengar. 
Lahir di Pahang tapi dibesarkan di KL. Sekolah semua kat KL tapi sambung belajar di Perak dan Melaka kejap. Sekarang dah keje kat KL jugak.  Anak-anak memang banyak tapi anak orang lainla. Anak sendiri ada gak tapi anak mata anak tekak anak rambutlah. Cita-cita memang tinggi sampai tak tercapai-capai lagi. Huahuahua. Hobi suka tido makan tido makan. Sekarang tengah sibuk nak berdiet tapi memang payahla. Nafsu makan ni sukar nak dikawal kalau dah balik umah je ada makanan. Dah siap masak tinggal makan je. Bukannya susah sangat nak makan dari dalam perot mak lagi dah belajar makan. Lagipun saya tak suka membazir ni. Membazirkan amalan syaitan. Saya tak nak kawan ngan syaitan. Syuh syuh syuh. Ok dah tak nak merepek lagi. Next question pulak.


Ceritakan tentang Blog anda
=
=
Blog saya takde ape yang spesel sangat pun. Biasa-biasa je. Blog suka suki untuk enjoy-enjoy. Tapi bukan semua entry yang merapu. Masa first-first join memang ntah hape-hape ntah saya merepek merapu tapi lepastu cam-cam cerita ada. Ada cerita pasal saya, of cozla ada crite pasal saya dah belog sayakan. Emm tapi ada gak cerita pasal orang-orang sekeliling, info terkini dan ada gak cerita muhasabah diri. Chewahh.


Apa pendapat anda tentang dunia blog?
=
=
Dunia blog adalah dunia yang boleh kita share story mory kita walaupon orang tu tak pernah haku kenal pun sebelum ni. Bercerita tanpa perlu bersuara cuma hanya perlu menaip je. Dan cerita tu kita boleh baca beberapa kali sesuka hati mak bapak kita sampai nak termuntah tahi hijau pun takpe. Duk belek-belek pic yang menarik dalam ni. Jenguk-jenguk bloggerz yang fashionistas yang kacak yang comel suma bolehlah. Boleh baca cerita orang lain, belajar benda baru. Bak kata astro 'Macam-macam Ada'. 


Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..
=
=
Selamat menyertai dunia blogging k. Be yourself and learn from mistake. Yang penting don't ever give up and try your best. Tak kesah lah orang nak cakap apa yang penting, Ada aku kesah!


Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
=
=
Entahla. Tak tahu nak jawab. Lagi susah dari soalan SPM. Diri sendiri mana nampak keunikan sendiri kan nanti kata perahsantan perasan pulak. So korang tolonglah bagi jawapan dia yek.


Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
=
=
Sampai hujung nyawa. Cehh. Ntahla. Sampai lebam kot. Sampai suatu masa yang tiada nokhtahnya. Impian saya semoga dapat menghiasi dunia blog ni dengan cerita-cerita yang best dan dapat share sumthing yang berguna kepada orang lain. Be positive.


Kena tagged 4 orang bloggerzla la. Emm saya nak tagged semua yang baca entry ni boleh. Kalau dah baca jom join pulak. Hehe. Boleh klik kat banner di atas atau SINI je.
Tarik tutup 03 Januari 2011. Kalau sempat join la yek. Salam perkenalan!



Sunday, December 19, 2010

Thanks Miss Leina

Semalam saya keluar ngan Miss Leina pergi tengok movie. Kitorang layan dua movie. The Chronicles of  Narnia:The Voyage of the Dawn Treader  dan Tron Legacy. Wah akhirnya tercapai gak nak tengok movie ni. Dua-dua movie ni so far saya tengok memang layanlah especially Tron Legacy memang best. So tak menyesallah tengok. Dan yang paling penting saya dapat tengok FOC k. Jangan marah. Thanks Miss Leina. Walaupun Miss Leina kata bukan dia yang belanja sebab membe dia yang bagi tiket tu, tapi disebabkan dia ajak saya teman dia tengok so macam dia belanja jugaklakan. Hehe.

Dah lama kitorang tak jumpa lama macamni. Apalagi sembang kisah lama-lama memang best. Tergelak-gelak bila terkenang kisah zaman dulu-dulu. Teringat membe-membe praktikal yang sama ngan kitorang lepastu PM yang kerja kat tempat praktikal yang selalu duk kutuk perli kitorang.  Yang paling takleh lupa ayat "Korang ni tak abes-abes tunggu bus". Hahaha. Memang kelakar habislah. Kitorang je yang paham apa maksud tunggu bus tu. Gelak guling-gulik bila teringat balik kisah praktikal dulu. Macam-macam berlaku, macam-macam orang kitorang jumpa, macam-macam ragam ada. Kalaulah sekarang ni kitorang jumpa balik dorang semua semula macamanalah reaksi masing-masing yek. Mesti kelakar pastu malu-malu kucing. Tak sangka kitorang dulu macam tu. Memang best. Kalaulah boleh pergi balik kezaman dulu tu. Rindu kenangan masa kitorang bersama. Kenangan itu memang indah.

Ni pic masa kitorang pegi tengok konsert SuJu.. Best beb. 
Thanks Leina. Cayang bangat sama kamu.

Saturday, December 18, 2010

Juara Mari Menari

Tahniah buat pasangan Razif dan Alia Nadira yang dinobatkan sebagai Juara Mari Menari musim pertama yang berlangsung semalam di Stadium Bukit Jalil. Mereka telah memenangi Trofi dan Kondominium mewah The Haven yang bernilai lebih RM350,000.000 di Ipoh yang siap dengan hiasan dalaman mewah. Selain itu juga mereka juga dapat menikmati hadiah percutian di Bali sebagai hadiah kejutan yang boleh disifatkan sebagai hadiah berbulan madu kepada pasangan ini yang baru mendirikan rumahtangga beberapa bulan yang lalu. Wah!! ini memang betul-betul tuah mereka kan. Tahniah buat pasangan ini yang memang berbakat dan minat dalam dunia tarian. Dengan kemenangan mereka sekaligus melayakkan Lisdawati sebagai penasihat pasangan Raziff untuk menjulang Trofi kemenangan.


Tahniah juga kepada naib juara yang tidak kurang hebatnya iaitu pasangan askar Fariz Raeza dan Siti Rasyikin yang telah mendapat Trofi begitu juga penasihat mereka Ferhad. Mereka terpaksa akur dengan keputusan penonton yang diberi kuasa sepenuhnya melalui 100% undian sms bagi memilih pemenangnya.  

Tahniah buat pasangan MM Razif
Pic courtesy of Berita Harian


Pengacara Mari Menari si cantik manis Lisa Surihani 
dan si kacak Awal Ashaari
Pic courtesy of Google

Tahniah Skuad Harimau Malaya


Sekalung tahniah diucapkan kepada skuad Bola Sepak Negara yang berjaya mendapat tiket ke final Piala Suzuki AFF semalam selepas perlawanan separuh akhir kedua berakhir dengan 0-0. Kemaraan Malaysia dengan agregat 2-0 ini meletakkan harapan bahawa tidak mustahil Malaysia mampu menjadi juara. Yes Chaiyok2!!.  Pujian untuk semua anak-anak buah K. Rajagobal yang bermain dengan penuh kesungguhan mengekang asakan demi asakan dari skuad tuan rumah di bawah bimbingan Herique Calisto untuk cuba membolosi gol Malaysia. Tahniah Skuad Harimau Malaysia!! Malaysia Boleh!!. 

Jurulatih K.Rajagobal yang dijulang pemain di bawah bimbingannya
 Pic Courtesy of Berita Harian


p/s: Yan jangan tak percaya Malaysia dapat pergi final ye... Hehe... Jom kita doakan biar Malaysia jadi juara pulak..

Dah tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah

Dua hari yang lepas saya dah tengok dah movie seram komedi Melayu yang tengah meletup-letup sekarang ni mana taknya dua kali saya pergi cinema kononnya nak tengok cerita ni tapi full beb.. Cayalah.. So hari Rabu saya ajak incik 0ne tengok wayang dengan membe saya mizz leina and mintak tolong mizz leina  bookingkan tiket wayang cerita ni.. Ok dapat seat tapi baris ke empat dari depan screen… Walaweih.. Kena mendongak sikit tengok screen.. Huhu.. Masa ambik tiket ingat nak tukar seat tapi ticketing person tu kata dah full.. Oklah depan pun depan lah janji dapat tengok cerita yang digebangkan best tu.. Lepas bayar je tickets and kitorang nak blah dari situ nampak Irma Hasmie tengah betul-betulkan baju dia masuk dalam skirt dan sedang berdiri tempat line up nak beli ticket.. Lepas tu barulah nampak crew-crew production tengah pasang lighting… Owh Ok dorang nak shooting la ni.. Kemudian muncul pulak Jehan Miskin, Scha Alyahya dan abang Scha dalam Awan Dania… Sahlah ni shooting tuk Awan Dania series.. Ish cepat pulak kitorang gi ambik tickets kalau tak, boleh interframed beratur beli ticket kan mizz leina.. Wakakaka… It’s oklah.. Ok dah tak nak cerita pasal ni..

Berbalik topic utama saya sebenarnya adalah tentang cerita hantu kak limah ni.. Banyak komen yang saya baca di facebook, blog dan mulut –mulut yang cakap cerita ni memang best.. Dan itu salah satu sebab kenapa incik 0ne nak tengok sangat cerita ni bukan saya k.. Hehehehe.. Mula-mula cerita ni start oklah dan bolehla ketawa terbahak-bahak but after 30 40 minutes dah rasa lambat betul jalan cerita lepas tu dah merepek–repek pulak…  Punggung pun dah rasa cam tak senang duduk dah.. hilang focus dan mood nak sambung tengok.. Rasa cam karut gila.. Gelak ketawa orang ramai pun semakin lama semakin hambar.. Mungkin bukan kami bertiga je kot yang rasa bosan tapi orang lain pun mempunyai pandangan yang sama jugak… Sampai penghabisan pun kami rasa cam tak puas hati dan ape lagi keluar panggung pun cam rasa tak best.. Dalam 5 bintang saya bagi 2 bintang je tuk cerita ni.. Ini cuma dari pandangan sayalahkan tapi ada yang kata best ada yang kata tak.. So tepuk dada tanya selera masing-masinglah yek… Yang belum tonton tu pergilah meramaikan lagi penonton dan sokong industri filem tanah air api angin kita ni ye.. Semoga cerita ni akan mendapat kutipan box office.. Chaiyok2!!


Friday, December 17, 2010

Akulah Cinderella yang Malang PartII

Assalamualaikum..

Hi guys.. Dah lama saya nak sambung cerita ni tapi tak berkesempatan lagi... So hari ni saya nak habiskan cerita ni yang dah lama tergantung... Kalau korang belum baca cerita part1 sila klik SINI untuk baca dulu... Kalau dah baca boleh sambung dengan PartII ni.. 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Esoknya saya pergi kerja dengan kasut baru ni.. Wah bersemangat gile nak pergi kerja... Hahaha... Pakai pulak dengan baju baru lagilah semangat membuak-buak... Sampai kat opis macam biasa bukak kasut letak bawah meja sebab saya ni jenis tak suka pakai kasut... Berapa kali dah orang kat sini pelik tengok saya tanya mana kasut... Yelah boleh pulak saya berjalan-jalan kat opis ni barefoot... Tak tahulah kenapa saya tak suka pakai kasut.. Rimas kot.. Rasa macam kaki tak bernafas.. Hehe buat teori sendiri.. 

Waktu tengahari kitorang pun bersiap-siaplah nak gi JJ.. Saya pun cepat-cepat pakai kasut and take out my wallet dalam drawer and tak leh lupa my hanphone.. Memang barang penting ni takleh tinggal.. Masa dah turun lif saya tengok kasut saya sebelah ribbon dah takde... Ciisss... Mana pulak lah dia tertinggal.. Tak perasan langsung masa bile sebelah ribbon dah tertanggal.. Uuuwaa... Dah tak cung dah...malu-malu semalu-malunya... Lepas tu saya pun apa lagi cabutlah ribbon lagi sebelah.. Lagi hilang keayuaan... Dalam hati sedih wo kasut dah tak lawa tapi takpe lagi sebab boleh jalan... 

Sampai kat JJ kitorang pergi Black Canyon... Haa kat situ lagi sadis.. Tapak kasut ni terbukak pulak tapi sikit je ternganga dia... Pundi kencing ni pulak dah penuh so pegilah washroom.. Kat situ semakin besarla pulak tapak ni menganga...Sampai je kat restoran.. Jeng jeng jeng.. Tamatla riwayat kasut tu sebab saya terus cabut tapak yang terkulai-kulai layu... Malu beb... Mintak-mintak pekerja tu tak kenal sapa punya tapak kasut yang tercabut kat situ... 

Lepas makan saya pun ajak kakak satu tempat kerja saya tu teman pergi beli kasut... Thanks kak Nor.. Hehehe... Jumpa je kasut yang boleh ngam dengan kaki ni, rupa pun ok boleh tahan, harga pun mampu nak bayar so apa lagi terus beli dan yang penting boleh pakai terus... Wahaha... Akhirnya kene beli jugak kasut baru... Ingatkan boleh lah tahan lagi rupanya tak lama riwayat kasut cinderella ni.. Saya terus suruh pekerja kedai kasut tu tolong buangkan kasut cinderella saya tu.. Hukhukhuk... Cian dia... Sempat berkhidmat tak sampai satu hari pun..

Sekarang bermulalah perjalanan kasut baruku... Menemaniku di tempat kerja.. Hahaha.. Kasut baru saya ni ada bling-bling k... Jangan marah ye... Nak lawan cahaya bintang-bintang di waktu malam.. Urkss.. tak payah nak jiwang sangatla.. Nak tengok tak kasut baru saya..


=

=

=

=

=

Ta daa


Wow bling-bling shoes

Cantik tak cantik tak? Hahaha... Jangan tertipu lah yeop... Ni macam kasut pengantin je... Jangan nak tipu sangat lah kan.. Ok ni memang bukan kasut saya... Sebaik ada encik Google.. Bolehla saya perasan kejap... Anyway takde pic my new shoes yang baru dah tak baru ni lah yek... Malas nak riak sangat... Chewah.. Sila muntah k.. Thanks sebab korang dah mengabiskan masa masa membaca kisah kasut cinderella saya ni... Cerita pun dah habis.. Sekian..

 Tamat..




Malam ni Finale Mari Menari!!

Nak ucap congrats jugak pada 4 pasangan Mari Menari yang akan ke bertanding di malam finale Mari Menari hari ini, Sabtu 18/12/10 jam 9.00 malam di saluran Asto Ria 104. So korang semua jangan lupa untuk menonton yek. Tapi hari ini masih ada proses penyingkiran lagi tau dan pemenang akan di pilih berdasarkan 100% undian sms.  2 pasangan akan disingkir so kalau korang nak pasangan pilihan korang dapat membuat persembahan finale dan menang kondominium yang berharga lebih RM350,000.00 di Ipoh, korang kena cepat-cepat undi dan hantar undian banyak-banyak. Gempak jugak hadiah diakan.. Tapi ni baru musim pertama maybe tak banyak lagi sponsor dia.. Tunggu musim kedua mesti lagi banyak adiah dia.. 


Jom kita intai 4 pasangan yang berjaya memenangi hati juri untuk masuk ke pusingan akhir walaupun pada mulanya hanya 3 pasangan yang dikatakan akan ke final tapi biasalah reality show macamni memang akan ada selalu perubahan pada saat-saat akhir kononnya untuk beri kejutanlah pada peserta dan penonton tapi kalau kita dah faham permainan ni kita boleh baca apa yang bakal berlaku seperti pada malam penentuan peserta yang akan ke final saya dah boleh baca 4 pasangan ni memang akan terpilih dan tup tup memang betul... hehehe… Bangga kejap.. 

 Pasangan Fariz
Pasangan askar ini memang ada bakat dalam tarian. Setiap kali persembahan mereka berjaya memukau juri dengan tarian yang penuh emosi. Mereka juga pasangan yang paling muda di pentas final dan mempunyai peluang cerah untuk dinobatkan sebagai juara. 

 Pasangan Raziff
Pasangan ini juga sangat berbakat. Pasangan kedua termuda ini juga berjaya memukau dengan persembahan tarian mereka. Kedua-dua mereka mempunyai bentuk badan kecil dan comel yang memudahkan  mereka membuat pergerakan tarian dan kelihatan sangat pro. Isteri Raziff merupakan penari sambilan jadi tidak hairanlah dia mampu menari dengan baik. Mereka juga mempunyai peluang cerah untuk menjadi juara.

 Pasangan Zul
Pasangan ini yang pada mulanya kelihatan kekok dan pemalu akhirnya berjaya menjadi salah satu pasangan yang mampu memberikan saingan yang hebat di pentas Mari Menari. Pasangan-pasangan lain perlu berhati-hati dengan pasangan ini kerana mereka juga berbakat dalam tarian dan boleh memberikan persembahan yang lebih baik seperti di Malam Penentuan ke Finale.

Pasangan Fahmi
Jangan memandang rendah pada pasangan ini walaupun mereka paling berumur di pentas final ini tetapi kedua-dua mereka mampu menari dengan baik. Isteri Fahmi yang juga penari sambilan memang penari yang baik dan memberikan persembahan seperti penari pro setiap kali membuat persembahan. Mereka juga merupakan pesaing yang sengit di pentas Mari Menari.

Siapakan pemenang Mari Menari musim pertama ini? Untuk mengetahuinya jangan lupa malam ni ye janji temu dengan Awal  Ashaari dan Lisa Surihani dalam Kemuncak Malam Mari Menari… Yang pasti semua pasangan yang masuk final ni kesemuanya memang berbakat dalam dunia tarian dan mampu untuk menjadi juara.. Enjoy..


Lisa & Awal

p/s: Ok tak mau tulis panjang-panjang sebab ni just short update je memandangkan dah lama sangat takde entry baru kan and lepas ni tak tahu bila pulak boleh update.. Huhuhu…  Daa..Daa..

Congrats Guys!

Dah lama tak memanjakan blog ni..  haish… banyak perkara yang dah berlaku tapi tak sempat nak update.. Bz sangat..  2 3 hari ni sempat blogwalking kejap je.. Sorry la yek takleh singgah lame-lame.. walaubagaimanapun saya akan berusaha jugak curik masa kejap singgah tengok jiran-jiran blogger.. Anyway rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan tahniah buat  pemain-pemain bolasepak Negara especially Safee Salleh yang berjaya membolosi gol Vietnam dengan 2-0 dan seterusnya melayakkan pasukan selangkah ke depan untuk masuk ke final.. Gud luck and c0ngrats untuk semua pemain yang sangat hardworking and cooperate di padang dan juga c0ach yang tak jemu-jemu melatih mereka. Tapi apa-apa pun semangat dan sokongon dari penyokong Malaysia sebenarnya sangat penting supaya mereka terus bersemangat meneruskan perjuangan mereka di arena bola sepak dan mengharumkan nama Negara Malaysia sekaligus mengembalikan zaman kegemilangan nama pasukan bola sepak Malaysia seperti waktu zaman pemain-pemain handalan atau lagenda bola sepak Negara seperti Dato’ Mokhtar Dahari. Congrats gusy!!

Pic courtesy of Utusan Malaysia