Friday, December 17, 2010

Malam ni Finale Mari Menari!!

Nak ucap congrats jugak pada 4 pasangan Mari Menari yang akan ke bertanding di malam finale Mari Menari hari ini, Sabtu 18/12/10 jam 9.00 malam di saluran Asto Ria 104. So korang semua jangan lupa untuk menonton yek. Tapi hari ini masih ada proses penyingkiran lagi tau dan pemenang akan di pilih berdasarkan 100% undian sms.  2 pasangan akan disingkir so kalau korang nak pasangan pilihan korang dapat membuat persembahan finale dan menang kondominium yang berharga lebih RM350,000.00 di Ipoh, korang kena cepat-cepat undi dan hantar undian banyak-banyak. Gempak jugak hadiah diakan.. Tapi ni baru musim pertama maybe tak banyak lagi sponsor dia.. Tunggu musim kedua mesti lagi banyak adiah dia.. 


Jom kita intai 4 pasangan yang berjaya memenangi hati juri untuk masuk ke pusingan akhir walaupun pada mulanya hanya 3 pasangan yang dikatakan akan ke final tapi biasalah reality show macamni memang akan ada selalu perubahan pada saat-saat akhir kononnya untuk beri kejutanlah pada peserta dan penonton tapi kalau kita dah faham permainan ni kita boleh baca apa yang bakal berlaku seperti pada malam penentuan peserta yang akan ke final saya dah boleh baca 4 pasangan ni memang akan terpilih dan tup tup memang betul... hehehe… Bangga kejap.. 

 Pasangan Fariz
Pasangan askar ini memang ada bakat dalam tarian. Setiap kali persembahan mereka berjaya memukau juri dengan tarian yang penuh emosi. Mereka juga pasangan yang paling muda di pentas final dan mempunyai peluang cerah untuk dinobatkan sebagai juara. 

 Pasangan Raziff
Pasangan ini juga sangat berbakat. Pasangan kedua termuda ini juga berjaya memukau dengan persembahan tarian mereka. Kedua-dua mereka mempunyai bentuk badan kecil dan comel yang memudahkan  mereka membuat pergerakan tarian dan kelihatan sangat pro. Isteri Raziff merupakan penari sambilan jadi tidak hairanlah dia mampu menari dengan baik. Mereka juga mempunyai peluang cerah untuk menjadi juara.

 Pasangan Zul
Pasangan ini yang pada mulanya kelihatan kekok dan pemalu akhirnya berjaya menjadi salah satu pasangan yang mampu memberikan saingan yang hebat di pentas Mari Menari. Pasangan-pasangan lain perlu berhati-hati dengan pasangan ini kerana mereka juga berbakat dalam tarian dan boleh memberikan persembahan yang lebih baik seperti di Malam Penentuan ke Finale.

Pasangan Fahmi
Jangan memandang rendah pada pasangan ini walaupun mereka paling berumur di pentas final ini tetapi kedua-dua mereka mampu menari dengan baik. Isteri Fahmi yang juga penari sambilan memang penari yang baik dan memberikan persembahan seperti penari pro setiap kali membuat persembahan. Mereka juga merupakan pesaing yang sengit di pentas Mari Menari.

Siapakan pemenang Mari Menari musim pertama ini? Untuk mengetahuinya jangan lupa malam ni ye janji temu dengan Awal  Ashaari dan Lisa Surihani dalam Kemuncak Malam Mari Menari… Yang pasti semua pasangan yang masuk final ni kesemuanya memang berbakat dalam dunia tarian dan mampu untuk menjadi juara.. Enjoy..


Lisa & Awal

p/s: Ok tak mau tulis panjang-panjang sebab ni just short update je memandangkan dah lama sangat takde entry baru kan and lepas ni tak tahu bila pulak boleh update.. Huhuhu…  Daa..Daa..

No comments:

Post a Comment