Thursday, December 30, 2010

Sebelum berakhirnya dua ribu sepuluh

Lagi beberapa jam kita akan meninggalkan dua ribu sepuluh. Terasa sebak pulak. Seperti nak tinggalkan kekasih hati sedihnya. Lebih kurang begitulah. Incik 0ne akan meneruskan perjuangannya semula dalam sarjana yang masih belum di penghujung. Aaaggrhh. Masih lama lagi. Tapi tak mengapa. Masih ada kekuatan untuk menunggu lagi. Biarlah semua pengorbanan akan menjanjikan kebahagiaan yang pasti menunggu di masa hadapan buat semua pihak. Doakan yang terbaik agar semuanya berjalan seperti yang diharapkan. Amin. Doa yang baik Insyaallah akan dimakbulkan Tuhan.

Sebelum ini beliau pergi menemani ayahnya yang perlu menghadirkan diri ke Pulau Langkawi atas urusan kerja. Dia pun manawarkan diri menjadi pemandu yang tidak berbayar. Katanya inilah tugas ayahnya yang terakhir sebelum bersara. Sudah pasti dia tetap akan menerima imbuhan. Dapat meluangkan bersama famili di Langkawi dan duit belanja. Saya pun mengambil kesempatan untuk mengirim coklat. Bestkan. 


 Ferrero Rocher menjadi pilihan


Coklat Daim dipilih Incik 0ne


Dapat sekotak Ferrero Rocher dan sebungkus coklat Daim. Terima kasih walaupun saya kirim coklat Hersyleys tak dapat. Coklat Daim terlalu manis buat saya walaupun semua coklat pun manis. Hehe. Terasa kena gula. Tak mengapalah kerana beliau ikhlas memberi. Dan yang penting masih mengingati saya kan. Itu sudah memadai. Selamat Tahun Baru. Semoga kamu dapat menerima segulung ijazah dengan kepujian yang cemerlang. Belajar rajin-rajin dan teruskan usaha kamu. Kamu pasti boleh.=)


p/s: Terasa jiwang buat entri khas untuk si jejaka. Sekali sekala tak mengapakan. Hehe. Selamat Tahun Baru Dua Ribu Sebelas. Tahniah buat pasukan Harimau Malaya. Tak sia-sia suara saya disumbangkan kerana dapat menikmati cuti hari ini.

4 comments:

  1. hepi new year!bestnye coklat tu nak satu ngee....

    ReplyDelete
  2. wah!!
    bestnye mkn ceklat ferrero
    nak ckit
    hepi new year
    ^_^

    ReplyDelete
  3. wahwah! nak jugak! hoho..

    happy new year!


    http://fitridzulkifli.blogspot.com/2011/01/new-road-2011.html

    ReplyDelete