Assalamualaikum..
Ok kalau muka korang naik jerawat korang wat apa yek? Biar je ke atau korang cepat-cepat wat facial ataupun
beli produk kat farmasi untuk menghilangkan jerawat dengan pantas? Hmm... Kalau orang perempuan mesti risau sangatkan kalau muka naik jerawat. Nak-nak jenis muka yang jarang ada jerawat tibe-tibe ada pulak jerawat yang nak menumpang glamour kat muka korangkan. Mahu asek tengok cermin je. Dalam hati bila tengok cermin jerawat tu terus hilang. Hahaha.. Ingat magic ke.
Biasanya waktu-waktu tertentu perempuan mesti akan tumbuh jerawat. Waktu apa? Ehem-ehem... Paham-pahamlah sendiri. Rasa geram nak picit-picit je. Tapi kalau kecik je jerawat tu atau orang selalu kata jerawat tu tak masak lagi memang sakit bila picit. Bagi tangan yang gatal tu selalu sangat duk usik-usik jerawat tu kan. Kalau selalu usik sebenarnya tak elok sebab nanti bila kita usik jerawat dan sentuh pulak bahagian muka lain takut nanti tempat tu pulak tumbuh jerawat. Jerawat tu penyakit berjangkit ke? Hahaha... Rasanya mungkin sebab bakteria yang kita sentuh dari jerawat tu akan melekat kat bahagian lain pulak dan akhirnya jerawat pun tumbuh kat situ. Tapi bakteria jerawat tak bermutasi macam virus selsema tu. Kalau picit pun tak elok sebab structure kulit akan rosak dan boleh menyebabkan jerawat tu jadi lebih besar lagi. Pehtu boleh tinggalkan kesan parut kat muka.
So nak wat macamane yek?
Kalau sayakan bila ada jerawat saya akan pastikan kulit saya tak terlalu oily. Selalu cuci muka dengan pembersih muka. Yang penting kita kena pastikan pembersih muka tu memang sesuai dengan jenis kulit muka kita. Kalau tak nanti lagi worse pulak. Pembersih muka yang tak sesuai dengan kulit muka boleh jadi salah satu sebab kenapa muka tumbuh jerawat ok. Macamana nak tahu pembersih muka apa yang sesuai degan kita? Emm.. sebenarnya korang mesti tahu jenis kulit muka korang tu kering ke beminyak ke atau normal. Pehtu kena tahu jugak kulit kita ni sensitif tak. Sensitif dengan apa? Sensitif dengan bahan-bahan kimia atau pakai apa-apa pun boleh takde masalah. Dah tau bolehlah pilihlah jenis pencuci muka yang sesuai degan kulit masing-masing.
Ada 3 jenis pembersih muka: Gel, cream atau foam. Kalau jenis kulit normal korang pakai yang mana-mane pun sesuai. Kalau berminyak jangan pakai jenis yang berkrim nanti lagilah berminyak. So pakai jenis gel atau foam tapi bukan semua jenis foam pulak yang boleh dipakai. Kalau kulit kering dan normal sangat sesuai pakai jenis foam sebab foam ni dia tengah-tengah antara gel dan cream. Kalau pencuci muka yang ada biji-biji atau scrub yang tu tak leh pakai selalu. Scrub tu untuk buang kotoran dalam liang roma tapi kalau pakai selalu nanti hilang pulak semua minyak kat kulit muka. Muka kita kena ada minyak sikit kalau tak nanti cepat kedut. Kalau kulit muka jenis jerawat banyak sangat tu tak sesuai sangat pakai jenis scrub ni sebab sakit bila gosok kat muka kena biji-biji scrub tu.
Pasal brand apa yang nak beli tu terpulang kat korang tapi kalau korang tanya promoter yang jual pencuci muka dia akan kata brand yang dia promote tu memang sesuai ngan korang. Bisala kan dia mesti nak lariskan barang yang dia promote. Hehe. So better korang tanya orang lain yang pernah pakai brand yang korang nak beli cam kawan-kawan korang ke especially yang sama jenis kulit ngan korang. Nak lebih baik tanya kat adik beradik korang sebab bological adik beradik lebih kurang sama jer.
Nak cepat hilangkan jerawat jangan pakai concealer atau foundation sebab muka kita akan jadi lebih oily. So nanti jerawat lambat hilang. Nak lagi cepat hilang jerawat pakailah bedak sejuk macam saya.
Jangan takot. Saya bukan antu.
Saya pakai bedak sejuk muntah belut. Pakai ngan air gamat memang the best la. Muka rasa lebih bersih esok pagi. Sapa yang ada resdung tu memang sesuai sangat pakai. Kakak ipar saya yang jual. Semua famili saya pakai. Kalau korang nak try bolehla beli yek. =)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete