Sunday, December 26, 2010

Tazpunyeblog's 3rd Year Anniversarry Contest

Assalamualaikum..

Kali ni nak join contest lagi... Wahaha... Mesti korang kata rajen betul minah ni asek menjoin contest je kan... Dah ujung-ujung tahun ni ntah tak tahulah kenape tibe-tibe terajin pulak... Azam tahun baru kot.. Ape-ape pun jom chekidout tip-tip saya ni kot-kot berguna tok korang so boleh lah digunakan... Sharing is caring.. =)


Click pica if you wish to join the contest!


Tips Belajar yang efektif
Ok sebelum tu nak bagitau tips ni saya amalkan waktu time study dululah. Sekarang bukan student lagi maybe Insyaallah kalau ada rezeki nak sambung lagi. Walaupun sekarang bukan student tapi setiap hari kita belajar benda barukan cuma dalam situasi yang berbeza. Jom tengok tips di bawah.


Pilih time yang sesuai
Sesetengah orang suka study pada waktu siang ada yang suka study waktu malam. Kesesuaian masa tu terpulang pada individu. Jangan paksa diri untuk ikut kawan-kawan sebab takut orang study kita tido pulak. Macam saya, saya lebih suka study waktu malam atau orang dah tido baru saya study sebab waktu macamni saya rasa tenang dan suasana nyaman je. Bila tenang ilmu senang masuk sebab tak bisingkan. Kepala pun tak pening.

Rehat atau tido yang cukup
Sebelum nak study make sure kita rehat dulu, relax-relak senangkan diri dulu. Kalau sape yang suka study malam make sure tido dulu sebelum study sebab nak berjaga malam kan. Kunci jam takut terlebih tido kang silap-silap tak bangun study pulak. Tak pun suh membe gerakkan kalau dia tak tido lagi. 

Makan
Sebelum study make sure dah makan dulu. Nanti perot lapar time study. Boleh benti study kalau nak makan tapi sebelum study tu lapik la perut dulu. Takkan baru nak buka buku dah stop pulak sebab lapar. Nanti buang masa. Better makan before start study. 

Buat Jadual
Buatlah jadual study untuk memudahkan korang senang nak bahagikan masa untuk study dan buat aktiviti lain. Lagi satu senang untuk korang tentukan subjek apa nak study untuk hari tersebut dan hari-hari seterusnya. 

Buat nota kecil
Buat nota kecil untuk mudah dibawa dan di baca bila-bila masa yang kita suka. Tulis point-point yang penting. Kalau yang perempuan suka warna-warna tu boleh la warna-warna sikit nota tu guna pen berwarna warni ataupun pensel color. Guna highlighter pun boleh. Dulu saya guna kertas A4 dan lipat pada 6 bahagian depan belakang. Warna warni ni boleh menarik minat kita untuk membaca. Jadi taklah bosan bila nak baca. Kita ni selalu baca buku subjek memang cepat bosan cuba baca novel ke majalah ke tak sampai satu hari dah boleh khatam siap boleh cerita balik apa yang kita dah baca tu kat membe.

Buat Latihan
Yang ni memang selalu kena buat. Especially untuk subjek yang perlu banyak pengiraan. Time exam memang ada sediakan formula tapi tak semua formula yang ada dan kalau ada formula tapi tak tahu yang mana satu nak guna pun tak guna. So bila banyak buat latihan senang untuk kita biasakan diri nak guna formula yang mana dan sekaligus boleh memudahkan kita menghafal formula tu. 

Beriadah
Otak yang cergas dan badan yang sihat sangat penting untuk semua orang bukan stakat untuk student je ye. Petang-petang tu kalau free pergilah beriadah kejap. Berjogging ke main badminton ke bola sepak ke. Ape-ape jelah aktiviti sukan yang korang suka. Biar badan dan otak tu cergas sikit.

Beramal
Solat jangan tinggal. Yang ni memang wajib. Selain tu jangan lupa untuk berdoa tiap kali selesai solat. Nak lagi baik lepas solat subuh dan maghrib tu bawak-bawakla mengaji al-Quran atau Yassin biar terang sikit hati tu nak study. Selalulah mendekatkan diri pada Allah.

Study Group
Buatlah study group dengan membe-membe yang korang rasa boleh geng kan. Time ni bolehlah buat soalan sama-sama. Yang tak paham tu boleh berbincang sama-sama. Yang pandai tu ajarlah membe lain. Jangan kedekut ilmu. Yang tak reti tu belajar jangan duk meniru membe je. Time kerja rumah bolehlah tiru nanti time exam mana boleh tirukan so belajarla selagi sempat. Asek tiru je membe pun mestilah bengang penat-penat dia bersekang mata perah otak wat keje korang duk meniru je. Tak elok tu.

Tips-tips lain

  • Makan makanan tambahan yang sesuai untuk otak dan kecergasan badan. Macam kismis, spirulina atau supliment lainla.
  • Jangan selalu makan organ dalaman haiwan macam hati limpa dan sewaktu dengannya.
  • Elakkan study sambil dengar lagu. 
  • Selalu berjumpa lecturer untuk bertanya soalan  dan assignment yang tak paham.
  • Jangan lupa selalu minta restu ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita.


Oklah. Kalau ada yang kurang tu sorrylah yek. Semoga tips di atas berguna untuk korang.

p/s: Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu usaha mu tidak menentu. 





3 comments:

  1. nice entry! heheh..tp mcm anat kan... study kena dgr lagu.. hehe..kalau sunyi2 kang mula nk nagntok .. heheh

    ReplyDelete
  2. kalau ngantok cuba baca note kuat2... kalau makan gula2 pun ok...

    ReplyDelete