Assalamualaikum..
Hi guys.. Dah lama saya nak sambung cerita ni tapi tak berkesempatan lagi... So hari ni saya nak habiskan cerita ni yang dah lama tergantung... Kalau korang belum baca cerita part1 sila klik SINI untuk baca dulu... Kalau dah baca boleh sambung dengan PartII ni..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Esoknya saya pergi kerja dengan kasut baru ni.. Wah bersemangat gile nak pergi kerja... Hahaha... Pakai pulak dengan baju baru lagilah semangat membuak-buak... Sampai kat opis macam biasa bukak kasut letak bawah meja sebab saya ni jenis tak suka pakai kasut... Berapa kali dah orang kat sini pelik tengok saya tanya mana kasut... Yelah boleh pulak saya berjalan-jalan kat opis ni barefoot... Tak tahulah kenapa saya tak suka pakai kasut.. Rimas kot.. Rasa macam kaki tak bernafas.. Hehe buat teori sendiri..
Waktu tengahari kitorang pun bersiap-siaplah nak gi JJ.. Saya pun cepat-cepat pakai kasut and take out my wallet dalam drawer and tak leh lupa my hanphone.. Memang barang penting ni takleh tinggal.. Masa dah turun lif saya tengok kasut saya sebelah ribbon dah takde... Ciisss... Mana pulak lah dia tertinggal.. Tak perasan langsung masa bile sebelah ribbon dah tertanggal.. Uuuwaa... Dah tak cung dah...malu-malu semalu-malunya... Lepas tu saya pun apa lagi cabutlah ribbon lagi sebelah.. Lagi hilang keayuaan... Dalam hati sedih wo kasut dah tak lawa tapi takpe lagi sebab boleh jalan...
Sampai kat JJ kitorang pergi Black Canyon... Haa kat situ lagi sadis.. Tapak kasut ni terbukak pulak tapi sikit je ternganga dia... Pundi kencing ni pulak dah penuh so pegilah washroom.. Kat situ semakin besarla pulak tapak ni menganga...Sampai je kat restoran.. Jeng jeng jeng.. Tamatla riwayat kasut tu sebab saya terus cabut tapak yang terkulai-kulai layu... Malu beb... Mintak-mintak pekerja tu tak kenal sapa punya tapak kasut yang tercabut kat situ...
Lepas makan saya pun ajak kakak satu tempat kerja saya tu teman pergi beli kasut... Thanks kak Nor.. Hehehe... Jumpa je kasut yang boleh ngam dengan kaki ni, rupa pun ok boleh tahan, harga pun mampu nak bayar so apa lagi terus beli dan yang penting boleh pakai terus... Wahaha... Akhirnya kene beli jugak kasut baru... Ingatkan boleh lah tahan lagi rupanya tak lama riwayat kasut cinderella ni.. Saya terus suruh pekerja kedai kasut tu tolong buangkan kasut cinderella saya tu.. Hukhukhuk... Cian dia... Sempat berkhidmat tak sampai satu hari pun..
Sekarang bermulalah perjalanan kasut baruku... Menemaniku di tempat kerja.. Hahaha.. Kasut baru saya ni ada bling-bling k... Jangan marah ye... Nak lawan cahaya bintang-bintang di waktu malam.. Urkss.. tak payah nak jiwang sangatla.. Nak tengok tak kasut baru saya...
=
=
=
=
=
Ta daa
Wow bling-bling shoes
Cantik tak cantik tak? Hahaha... Jangan tertipu lah yeop... Ni macam kasut pengantin je... Jangan nak tipu sangat lah kan.. Ok ni memang bukan kasut saya... Sebaik ada encik Google.. Bolehla saya perasan kejap... Anyway takde pic my new shoes yang baru dah tak baru ni lah yek... Malas nak riak sangat... Chewah.. Sila muntah k.. Thanks sebab korang dah mengabiskan masa masa membaca kisah kasut cinderella saya ni... Cerita pun dah habis.. Sekian..
Tamat..
No comments:
Post a Comment