Haish... Tengok kasut kerja warna merah ni..Dah terkoyak kat belakang dia.. Bau dia pun tak berapa nak menyenangkan... Selalu sangat basah.. Yelah sekarangkan musim hujan.. Tak sempat nak kering pun... Emmm esok nak pakai kasut ape yek.. Pinjam kasut kakcik la.. Diakan banyak kasut bertutup.. Ngomelku sendiri...
Aku: "Eh, kasut aku dah teruk sangatla.. Nak pinjam kasut ngkolah nak gi kerja esok.."
Kakcik: "Kasut yang mana.. Aku punya kasut pun dah banyak yang rosak.."
Aku: "Alaa.. Ko kan banyak kasut..Pinjamla satu.." Sambil selongkar dalam almari kasut.. "Ha yang warne coklat ni pun bolehla.."
Kakcik: "Kalau ko pakai kasut ni aku nak pakai kasut ape pergi keje.."
Aku: "Kau pakailah kasut biru ni..." sambil tunjuk kasut biru tu..
Kakcik: "Ala ko lah pakai kasut tu.."
Aku: "Aku tak boleh pakai kasut ni sebab dia tak bertutup penuh..." (kat kilang kene pakai kasut bertutup penuh) "Hmm... Ni banyak kasut ko..Ko tak pernah pakai kasut ni ke? Soalku sambil tunjuk kasut berwarna hitam dan purple dan manik-manik didepannya...
Kakcik: "Pernahlah..."
Aku: "Abes tu kenapa masih ada tanda harga kat kasut ni?" tanyaku lagi sambil tunjuk belakang kasut yang masih terlekat tanda harga..
Kakcik: "Hah! Ye ke... Aku pernah pakai kasut ni banyak kali dah... Terlupa nak tanggalkan la tu..." Termalu-malu..
Aku: "Ni kasut yang ni ko pakai lagi ke?" Soalku sambil menujukkkan kasut dalam kotak lain..
Kakcik: "Tak pakai dah... Kasut tu dah rosak.."
Aku: "Abes tu watpe simpan lagi dalam ni... Menyemak je..Kasut ni pun same.. Dah tak elok buang ajelah...Watpe nak disimpan lagi..." Bebelku..
Kakcik: "Hmm.. Yelah-yelah.." Jawab kakakku sambil angkat kasut-kasut dalam kotak-kotak tu dan diletakkan di luar rumah...
Aku: Hmm.. Barulah tak penuh dalm almari kasut ni...Getusku sambil menyusun koatak-kotak yang berisi kasut yang masih boleh dipakai dalam almari sambil mencari-cari kasut lain didalam kotak untuk melihat kasut mane yang masih boleh dipakai atau mahu dibuang saje.." Eh! ni kasut sape ni?" soalku sambil mencuba kasut tu.. "Emm.. muat-muat dengan kaki aku.. Kasut sape ni?" soalku lagi kerana tiada siapa yang menjawab pertanyaanku sebentar tadi.. Cantik juga kasut ni.. Simple.. berwarna hitam dan dihiasi reben besar didepannya..
Kaklang: "Kasut kakteh kot.. Dia kan ada beli kasut.."
Aku: "Kasut kakteh? macam tak percaya je kasut kakte macamni.." Soalku pelik kerana takkanlah kakteh punya kasut begini. Kakteh punya taste takkanlah macamni.. Ada reben-reben depan ni... Tak mungkin..Getusku dalam hati sambil mencuba-cuba kasut tu..
Aku: "Kasut ko kot roziah?" Tanyaku pada kakcik..
Kakcik: "Bukanlah.. Bukan kasut aku.."
Kaklang: "Kasut ngkolah kot..." Kata kaklang padaku..
Aku: "Kasut aku?.. Masa bile pulak aku beli kasut ni..Tak ingat pun..." Lagi pelik kalau ini kasut ku.. Memang tak ingat langsung bila masa aku membelinya..
Kaklang: "Kasut mak kot.. Mak tu kasut mak ke?" Tanya kaklang pada emak..
Mak: "A'ah kasut mak.." Jawab emak..
Aku: "Hah!biar betul ni kasut mak".. Kataku yang bertambah musykil kalau itu kasut mak..Tak mungkin.. Aku pun menanggalkan kasut dan beri pada kaklang untuk beri pada mak supaya mak tengok sendiri samada benar atau tidak kasut itu kasut emak..Yelah takut mak tak nampak tapi men cakap je tu kasut dia..
Mak: "Eh! bukanlah... Ni bukan kasut mak.." Kata emak sambil membelek-belek kasut tu..." Ingatkan kasut yang satu lagi tu"..
Dah agak dah takkan la kasut mak aku begitu..Ngomelku dalam hati..
Kaklang: Kasut gemok kot..(Gemok kakakku atas kakcik.. kami panggil dia gemok sejak kecik lagi...)
Gemok: "Mane-mane?" Soalnya yang baru muncul dari dalam bilik.. "A'ah kasut aku" Kata gemok yang mengaku itu kasutnya sambil mencuba kasut itu..
Kami semua pun berasa agak lega sambil masing-masing percaya yang itu kasut gemok..
Gemok: "Eh bukan kasut akulah... tak muat lah kasut ni... bukan kasut aku ni.."Kata gemok menidakkan semula yang itu bukan kasut dia sebenarnya...
Bukan jugak kasut gemok.. Abestu kasut sape pulak ni... Tinggal kakteh je yang belum meberikan jawapan samada itu kasut dia atau tidak...
Kaklang: "Kakteh ni kasut ko ke?" Tanya kaklang pada kakteh yang baru tersedar sebentar dari tidor..
Kakteh: Menggeleng-gelengkan kepala sambil menjawab bukan dengan muka yang mamai-mamai...
Semua dalam rumah tu tak mengaku... Abes sape punya kasut pulak ni...
Kaklang: "Entah-entah kasut aku kot.." Dia pun mencuba kasut tu pulak..
Gemok: " Bukan kasut ko punya.. Kaki ko besar... Tak muat.."
Kaklang: "Kasut ko lah"...Kata kaklang padaku lagi..."Ko tak ingat kot sebab kasut ni kat bawah mesin dulu.."
Aku: Huh! biar betik.. Aku tak ingat pun... Tak pernah nampak pun kasut ni kat bawah mesin..." Aku tak ingatla.." Keluhku..."Tapi ok gak... Dapat kasut baru... Bolehla pakai esok... Hehehehe..." Kataku sambil mencuba lagi kasut itu dan menggayakannya sambil berjalan-jalan...
Azron: "Tak payahla nak try kasut tu lagi..Tak sabar dah ke..." (Azron ni pakwe kakcik aku... Dia watak sampingan dalam ini cerita.. Hehehe...)
Aku: Wat tak tahu je sambil jalan-jalan lagi... Eleh jelesla tu... Getus ku..
Kakcik: "Cheh... konon-konon macam crite Cinderella la... Cari empunya kasut yang muat dengan kasut tu.."
Hehehe... tak kesahlakan... janji boleh pakai kasut baru esok... (Kasut tu kasut lame.. cuma maksudya aku tak perlu pakai kasut merah tu lagi..)
Kasut tu xde lubang-lubang cam kasut ni.. Tapi dia muncung macam kasut ni..
Kasut tu reben dia besar lebih kurang macam kasut nilah..
Bye-bye red shoes..
Ni pun bukan pic kasut tu tapi lebih kurangla..
tapi kasut saya merah gelap dan bukan tumit tinggi..
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment