Friday, November 19, 2010

Hari Raya AidilaDha...

Dua hari yang lepas kita telah menyambut hari raya Aidiladha ataupun hari Raya Qorban ataupun hari Raya Haji pada 11 Zulhijjah 1431H bersamaan hari Rabu 17 N0v 2010. Walaupun kita di Kuala Lumpur biasanya meraikan hari raya Haji sehari saje tapi takbir raya akan kedengaran selama 4 hari tidak seperti hari raya Aidilfitri takbirnya hanya sehari sahaja. Kita tidak dapat menghayati hari raya Haji mungkin kerana kita tidak menunaikan fardhu haji seperti mereka yang berada di Mekkah yang sedang megerjakan fardu Haji, tidak seperti hari raya Aidilfitri kita disini lebih menghayatinya kerana kita sendiri telah melakukan sendiri ibadah puasa. Walau bagaimanapun kita tetap boleh melakukan ibadah Qorban.

Tahun ini saya tidak melakukan qorban tapi Alhamdulillah saya berkesempatan untuk bersama-sama penduduk Kampong Padang,Kg Baru bergotong-royong membantu mengagih-agihkan daging qurban. Di sini sebanyak enam ekor lembu yang telah disembelih untuk Q0rban tahun ini. Hampir pukul 4 petang barulah saya pulang ke rumah. Tugas saya hanya membantu membungkus daging-daging yang telah ditimbang dan diasing-asingkan ke dalam plastik untuk diagih-agihkan kepada penduduk kamp0ng. Walaup0n tugas ni tak berat sangat tapi tugas ni penting jugak k. Cuba bayangkan kalau takde sape nak isi daging-daging ni dalam plastik macamane nak bagi pada orang ramai. Hehe.* Sambil muka ala-ala bangga. Kembang kuncup. Haish. Shuhh sshhuuhh. Dah-dah jangan nak bangga-bangga sangat. Saya buat dengan ikhlas hati k. Ape pun tak sempat nak ambik pic sebaik ade 0rang lain yang sempat merakamkan gambar-gambar kenangan untuk tatapan. Credit to cameraman yang tak diiktiraf tu. Hehe. Enj0y. =)


No comments:

Post a Comment