Friday, December 24, 2010

Anugerah Skrin 2010 hambar la

Tadi korang tengok tak Anugerah Skrin? Cam hambar je. Tak meriah la. Tak tahulah kenapa. Persembahan pun tak berapa nak meletop. Kat mana silapnya pun tak tahulah. Adakah kerana pengacaranya kurang membuat lawak yang membuatkan anugerah berprestij ni rasa cam kurang gula dalam minuman atau kurang garam dalam masakan. Orang kata kurang gula dan garam elok untuk kesihatan tapi kalau dah terkurang sangat memang tak sedapkan. Hilang selera nak makan. Out of mood. 


Anyway, saya nak ucapkan congrats pada semua pemenang. Akhirnya Shaheizy Sam menang anugerah untuk Angerah Yasmin Ahmad. Memang sangat layak pada beliau untuk memiliki anugerah tersebut berdasarkan kredibiliti beliau sebagai pelakon memang tak boleh dinafikan memang berkesan. Saya suka lakonan dia since cerita Pae'i lagi. Memang best. Cayalah bro!

Congrats pada drama Nur Kasih untuk drama rantaian terbaik,  Filem Muaallaf untuk filem terbaik dan Antara Garisan untuk drama terbaik.  Semua pemenang untuk setiap kategori pun memang best dan semua calon-calon pun hebat-hebat. So yang menang tu you are the best in the best k!

Nak tau tak part yang saya rasa best sekali semasa penyampaian anugerah gandingan Erra Eja dan Pak Ajis. Seksi gedebas minah yang ambil hadiah tu. Sampai penonton pun woo woo lagi. Kenyang Pak Ajis tengok. Hahaha. Time tu memang aku gelak k. And saya suka tengok Nasha Aziz. Memang sangat cun la kakak!



No comments:

Post a Comment