Saturday, December 11, 2010

Kenapa kicap warna hitam?

Soalan ni tibe-tibe bermain-main di fikiran saya. Kenapa kicap berwarna hitam? Yelah kicapkan diperbuat daripada kacang soya tapi kenapa dia bewarna hitam sedangkan kacang soya berwarna putih. Dari tadi saya duk google untuk mencari jawapan soalan ni. Tapi hampa sebab masih tak jumpe jawapannya. Akhirnya disebabkan masih tak puas hati saya pun tanya kat mak saya soalan ni. Hehe. Tak puas hati ye ko senah sebab tak dapat jawapan yang di cari. Mestilah, kalau tak selagi tak tahu kebenarannya mesti asyik berpikir je sampai nak wat keje lain pun teringat-ingat kenapa kenapakah begini kenapa tak begitu. Runsing. (-_-) Jawapan mak saya senang je. Sebab mungkin dia taruk perwarna. Hehe. Sempoi kan kan kan :)

Walaupun jawapan tu memang saya dah terpikir tapi tak puas hati sebab yelah mana tahu saya sorang je yang bagi jawapan nak sedapkan hati so better kalau ada orang lain yang beri jawapan. At least boleh uji sama tak dengan jawapan sendiri. Hehe. Lepastu saya terpikir pulak kalaulah kicap tu warna putih dah macam susu atau air soya pulakkan. Cuba bayangkan ayam masak kicap tapi kicap tu warna putih. Ish dah macam ayam masak dengan santan pulak. Kalau gulai lemak ayam pun letak kunyit bagi dia warna kuning sebab kalau putih camtu mesti tak menarik. Pucat je. 

Saya suka air soya


Tapi betul ke kicap tu taruk pewarna yek. Takkan taruk pewarna hitamkan. So saya pun belek-belek lagi cara penyediaan kicap. Takde pun tulis taruk pewarna. So saya pun berfikir secara rasional. Mungkin sebab proses nak hasilkan kicap tu memerlukan 2 kali proses penapaian. Proses penapaian ni pulak megambil masa 2-3 bulan untuk setiap proses penapaian. Huh lama betol tu. Kemudian dicapur pulak bumbu-bumbu dia dan gula merah. So mungkin dari situlah kicap tu dapat warnanya. 

Kat rumah saya memang paling suka beli kicap tamin dan juga kicap kipas udang.


p/s:kalau korang tahu jawapan sebenarnya silalah beritahu yek. =)

5 comments:

  1. maybe sbb mula2 diorng bakar soya tuh kot.. sbb tuh bila diorng proses jd itam :)
    heheh.. nice entry :)

    ReplyDelete
  2. huhu..tiba2 terpikir.asal ek kicap kaler hitam

    ReplyDelete
  3. pasal time buat tuh dia taruk kicap, tu yang jadi hitam tuh.

    ReplyDelete
  4. Sekadar perkongsian...

    Betul dh tu, jawapan mak awak yang sempoi...dalam pemprosesan kicap, air hasil penapaian tu dh berwarna coklat, cuma untuk jadikan warna tu mcm kicap yg kt tengok tu, mmg ade letak pewarna...=) wallahualam...

    ReplyDelete
  5. orang kata kalau ada parut di badan jangan makn kicap. nanti parut susah hilang.. :)

    ReplyDelete