Saturday, December 18, 2010

Juara Mari Menari

Tahniah buat pasangan Razif dan Alia Nadira yang dinobatkan sebagai Juara Mari Menari musim pertama yang berlangsung semalam di Stadium Bukit Jalil. Mereka telah memenangi Trofi dan Kondominium mewah The Haven yang bernilai lebih RM350,000.000 di Ipoh yang siap dengan hiasan dalaman mewah. Selain itu juga mereka juga dapat menikmati hadiah percutian di Bali sebagai hadiah kejutan yang boleh disifatkan sebagai hadiah berbulan madu kepada pasangan ini yang baru mendirikan rumahtangga beberapa bulan yang lalu. Wah!! ini memang betul-betul tuah mereka kan. Tahniah buat pasangan ini yang memang berbakat dan minat dalam dunia tarian. Dengan kemenangan mereka sekaligus melayakkan Lisdawati sebagai penasihat pasangan Raziff untuk menjulang Trofi kemenangan.


Tahniah juga kepada naib juara yang tidak kurang hebatnya iaitu pasangan askar Fariz Raeza dan Siti Rasyikin yang telah mendapat Trofi begitu juga penasihat mereka Ferhad. Mereka terpaksa akur dengan keputusan penonton yang diberi kuasa sepenuhnya melalui 100% undian sms bagi memilih pemenangnya.  

Tahniah buat pasangan MM Razif
Pic courtesy of Berita Harian


Pengacara Mari Menari si cantik manis Lisa Surihani 
dan si kacak Awal Ashaari
Pic courtesy of Google

No comments:

Post a Comment