Thursday, December 23, 2010

Candid itu cunla..!

Assalamualaikum..

Dengan rasa rendah dirinya saya cik cekodok ingin mengisytiharkan bahawasanya saya ingin pergi berperang. Hehe.  No lah! Saya Cuma nak sertai contest buat pertama kalinya di blog. Bangga tak bangga tak. Semalam saya dah sertai segmen Cikgu Akim so hari ni saya nak sertai contest di blog Cik Dilla pulak. Tengok contest cam sempoi kan.  "Candid itu cun laa..!" Ni first contest for me as blogger la kan. Baru nak blaja hidup. Tak pun baru nak belajar tengok dunia.  Chewah. Ngade-ngade!

Jomlah join reramai. Klik kat pic ni or link-link yang ada tu


Saya ni tak suka sangat bergambar-mambar. Almaklumla orangnye tak berapa nak kacak jadi segan silu sikit depan kamera. Malu-malu kucing. Neves kot sebab tak tahu nak wat gaya apa. Sebab tulah tak layak nak jadi model. Nak nak dengan ketinggian ala-ala rendang tak berbuah ni memang harapanlah nak perasan jadi model cam cik Hanis Zalikha tu yang sangat gorgeous ataupun Fatin Liyana yang ciut miut babyface lah beb. Cayalah! 

Ok back to the topic. Candid itu cunla..! Kenapa cun. Sebab tak perlu nak berlakon depan kamera. Kalau dah cun tu wat gaya ape pun tetap cunggg gak kan kan kan... Macam Heliza Helmi kalau ambik gambar wat gaya muncung-muncung pun tetap cung gak. Meh tengok pic yang saya pertaruhkan ni. Menang ke tak menang belakang kira janji saya masuk. 


Story mory behind this picture:

Pic ni telah di snap silently oleh cik Yan. Thanks Yan! Tak sedar lansung saya ngan Pilot telah terkena candid camera. Wakenabeb! Tengokla duduk pun tak sopan langsung. Hilang keayuan di situ. Muka tahap fokus habes beb. Dahi yang berkerut-kerut duk cari jawapan rasa cam nak hantuk kepala kat dinding. Time ni keje kat tempat lama lagi. Kitorang tak banyak keje so menghabeskan mase wat sudoku. Sekarang korang dah taukan saya tengah wat ape yang khusyuk sangat tu. Wat keje sekolah dulu-dulu pun tak macam ni. Kalau tak wat sudoku pun kitorang akan pegi window shopping, berfb, bergosip takpun tido kat bilik kecik. Memang sempoilah!. Kat mane lagi nak carik keje camni ngan membe-membe yang happening habes. Semuanya otak gile-gile. Tapi bukan gile ok! Memang one of the best kenanganla pic ni. Bile tengok pic ni rasa cam saya pulak hero and pilot tu heroin. 

Alaa nape sume term and condition akhir dia mesti kena tagged orang lain. Ish. Payah la nak pikir sape nak ditaggedkan. Hmm boleh tak saya nak mengtaggedkan semua orang yang baca entry ni. So sapa yang dah baca please join this contest k kerana anda telah ditagged!. Cam biasa tarikh tutup 10 Januari 2011. Kalau sempat join lah yek. Selongkar pic-pic candid yang cun melecun tu dan cepat-cepat join.



2 comments:

  1. welcome.. cumel ke?? cumel tu sama ngan cun tak? kalau cun bleh menang tak ni... hehehe...

    ReplyDelete